Wednesday, 22 January 2014

Busy tapi tetap ingat..

Kat opis terlalu banyak kerja..meja memang bersepah...!!! tak kuasa nak kemas kalau time camni..
Settlekan kerja secepat mungkin..sebelum client call mintak pelan..
Time ni orang panggil ke, mintak tolong ke...memang saya tak layan...buat la sendiri!!!



Walaupun sibuk dengan kerja..tetap ingat..saya kena beli cempedak..sebabnya mak mertua dah pesan awal-awal sebelum pergi kerja tadi..
Stock cempedak dah habis untuk digoreng..Cempedak yang saya beli ni memang sedap!!! manis dan rasa lemak sikit..isinya tebal...saya beli RM4 sekilo..untuk orang berniaga la..kalau biasa RM5 sekilo...biasa beli lebih dari 10kilo la sebab nak buat niaga..


SmackDown!!

Dah biasa tengok mak dia pijak belakang bapak dia pun sama nak ikut..so bila ada je orang yang meniarap The Boy akan duduk atas belakang atau pun berdiri kat atas belakang orang tu...anak oh anak...!!!
Kalau time pijak belakang bapak dia..dia la datang menyibuk..sampai kita pun nak terjatuh dia tolak..

Baru-baru ni sepupu dia yang baru 8 bulan  meniarap..biasa la budak kecik baru belajar nak meniarap kan...
The Boy dengan riang hati pergi duduk atas belakang baby tuuuu...nasib baik saya nampak..kalau tak, tak tahu la apa jadi...bila saya ambik dia menjerit marah..dia ingat baby tu macam orang tua agaknya...

Ni abang sepupu dia yang kena..

Tuesday, 21 January 2014

Pungut hasil..(Projek Tanaman) !!!

Assalamualaikum kawan-kawan..rindu pula kat blog ni..dah lama tak sempat nak update..hari ni curi-curi masa sikit jenguk blog..saya nak share pasal projek berkebun saya..bila tengok saya seronok tanam sayur, mak mertua pun join sama..dia siap beli tanah lagi..tanam sayur dalam pasu koooo...canggih tak...hahaha..tanah kat laman rumah tak sesuai untuk tanam sayur..so tu je la altenatif yang ada..

Kalau tengok sayur kat pasar tani or pasaraya sekarang dah mahal...dari buang duit beli sayur yang tak fresh tu baik tanam sendiri..!!! lagi berbaloi..
Selain sayur dia dah mula tanam bunga balik..pasu bunga dan sayur dah sama banyak...
Seronok tengok anak benih dah mula membesar...
Bila nak masak boleh petik je sayur tu...fresh dari ladang tuuuu...dapat jimat sikit..hahaha..

 Pokok terung, cili, kangkung...

 





Serai.. 


 Pokok bunga yang diganti tanah baru..


Baru la pokok bunga ni nampak segar sikit..


Pokok kangkung ni saya tanam atas tanah asalnya...lambat pulak membesar..so mak martua belikan tanah..dia tolong alihkan..baru la galak pokok nak membesar..

Sebelum dialihkan ke dalam bekas..





 Kangkung yang dah di alihkan ke dalam bekas..


 Ni hasilnya..banyak kan???


 Pokok terung


 Pokok cili




Yang ni main tabur je benih..cili ada, terung ada, maman ada...benih tembikai tak tumbuh pun...maybe tanah keras sikit kot...


Sebelum..


Selepas..

Kebetulan ada 3 bungkus mee yang saya beli..so goreng mee jela kan..buat sarapan..saya mintak tolong Mr Husband pergi beli ayam sementara saya siapkan bahan-bahan lain untuk menggoreng mee itu..
Mee kuning ni kan banyak kapur..so saya ada petua untuk hilangkan rasa kapur tu..
Masukkan mee dalam bekas lepas tu tabur gula dalam 2 sudu besar..gaulkan rata dalam 2 3 minit..then terus basuh dengan air dan sejatkan..jangan basuh lama-lama pulak..kang kembang mee tu..









Lada kering, bawang putih dan bawang merah yang nak dikisar..


Kangkung yang dah dibersihkan..

Tadaaaa....siap dah..




Bawak makan kat kedai sambil tolong mak mertua niaga..


Tuesday, 7 January 2014

Kulit Berseri Yang Menyihatkan

Ramai yang pasti terpesona dengan keserian kulit anda!

Tahukah Korang?
Kulit merupakan organ yang terbesar di dalam tubuh, mewakili 15% daripada jisim tubuh dan berfungsi sebagai barisan perlindungan pertama yang melindungi kita daripada serangan benda asing dan organisma..




Herbalife membangunkan rangkaian Nutrisi Luaran berbekalkan pengetahuan nutrien untuk meningkatkan kesihatan.

# Mengkhasiatkan kulit dengan NouriFusion
# Merangsangkan keremajaan dengan Skin Activator
# Kesihatan berseri dengan Radiant C
# Kulit sihat untuk seisi keluarga dengan Herbal Aloe
# Dapatkan kulit licin bak sutera dengan rangkaian Body Contouring dua langkah

Produk dengan rangkaian yang mengandungi antioksidan, aloe vera dan kompleks glukosamina, Nutrisi Luaran Herbalife boleh membantu memberi khasiat kepada kulit anda dan seisi keluarga - dari akar rambut hingga ke hujung jari!


  Skin Activator Eye Cream 
   

 ::  Krim yang lembut       meminimumkan garis dan kedut di sekeliling bahagian mata yang halus.                                               
 ::  Membantu menegang dan menjadikan kulit nampak berisi.     
 ::  Memberi kelegaan dan hidrasi segera.
     

                             
Skin Activator Decolletage Cream
::  Mengurangkan kewujudan kulit berkedut pada leher dan dada.
::  Kompleks Glukosamina yang membina kolagen menegang dan menyegarkan.

::  Ringan dan sangat melembapkan untuk tampak lebih muda.





::  Memulih, menegang dan melembap jauh ke dalam sepanjang waktu malam, apabila kulit melalui proses regenerasinya yang terbaik.
::  Mengurangkan garis halus dan kedut.
::  Mempromosi kulit yang lebih lembut setiap hari.







Skin Activator Day Lotion SPF 15 

::  Mengandungi Kompleks Glukosamina yang membina kolagen.
::  Mengurangkan kewujudan garis halus dan kedut.
::  Losyen yang lembut dan ringan dengan perlindungan sinar UVA/UVB melembap dan menegangkan kulit.


Skin Activator Lip Refiner SPF 15


:: Memelihara bibir daripada unsur persekitaran dan penuaan.
:: Berperisa pepermin, krim yang mempermuda, memulus dan menyegarkan.
::  Mengurangkan garis halus dan melembapkan untuk mengurangkan tanda kedut pada bibir.

Jika korang berminat boleh lah whatsApp @ call saya di no 016-3061206 untuk order...


Sunday, 5 January 2014

Mengatasi Masalah Jerawat

Jerawat adalah masalah bagi remaja terutamanya..Bila wajah muka penuh dengan jerawat dan parut akan menghilangkan seri dan kurangnya keyakinan diri..Bagi perempuan yang dalam lingkungan subur majoritinya akan menghadapi masalah ni..Kulit muka berminyak dan berjerawat membuatkan kita tidak selesa..Penggunaan kosmetik juga menjadi punca kerana kebanyakan kosmetik menggunakan bahan kimia..
Ada sesetengah orang yang mana jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat tapi ada juga yang jadi makin teruk..
Di sini saya syorkan kawan-kawan menggunakan produk Herbalife..saya bukan saja-saja promote tapi saya sendiri menggunakan produk ni..
Bak kata orang kalau kita nak promote sesuatu produk tu kita kena la guna dulu..baru la tahu keberkesanannya..

Ni testimoni terbaru yang berjaya improve skin dia..


Dengan minum shake F1 boleh menghilangkan jerawat di muka..kulit muka yang kusam,berminyak dan jerawat hilang..kini Afeeqa berjaya improve..!!! Anda pula bagaimana???

Wednesday, 1 January 2014

Dah Jadi Peberetttttt...

Buah pear dah jadi peberetttt saya!!!
Bukan setakat makan je nak la jugak tahu apa khasiatnya..
Jom saya share dengan korang..bagi yang tak tahu la kan...termasuklah saya..hehehe..

Kelebihan:
Menghilangkan Racun dan Radikal Bebas
Pear mengandungi asam kloro-genat yang berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria Shigella Sonnei iaitu penyebab penyakit pada saluran pencernaan..
Ia juga dapat menurunkan kadar kolestrol dan menjaga kadar gula dalam darah agar stabil...
buah pear juga mengandungi vitamin c, k, kronium, bebas sodium dan bebas lemak....



Selain itu buah pear juga dapat mencegah penyakit asma, meningkatkan metabolisme badan, mencegah radang, mencegah masalah ginjal, mengubati penyakit influenza dan banyak lagi la....


Pendek kata buah pear ni banyak khasiat yang berguna untuk kesihatan badan kita...
lagipun buah-buahan kan baik untuk kesihatan..tak salah kita amalkan makan buah..daripada tahan lapar semata-semata untuk berdiet tu kan...

Jauh Pulak Beriadah..

Semalam kita orang pergi ke Nilai..pergi ambil baju dan barang-barang Mr Husband kat rumah sewa..Mr Husband dah dapat kerja kat Melaka jadi kena la ambil barang-barang dia bawak balik..ipar yang dua orang tu pulak nak tumpang mintak tolong antar pergi rumah kakaknya kat Seremban...Mula-mula rancang nak pergi makan 'Burger Perdana' kat kedai Mak Sedara di Nilai..Disebabkan dorang nak gi Seremban so antar dorang dulu la..nak pergi Nilai dulu nanti pukul berapa pulak nak antar dorang..malam-malam nak bawak budak kecik ke sana ke sini kang takut lain lak jadinya..

Dah antar dorang, saya dan Mr Husband terus pergi Nilai..sampai Nilai pukul 5 ptg..pergi rumah sewa dulu ambil barang-barang dia..lepas tu terus pergi kedai mak sedara..rumah sewa dia ke rumah mak sedara kat Nilai Perdana tu dekat je pun..kedai tak bukak lagi...so pergi ke rumah dia..dia cakap kedai bukak lambat sikit..kita orang tak tahu nak pergi mana so Mr Husband pun cari la port untuk anak kesayangan dia tu main...
Dia bawak ke Dataran Nilai..Ramai jugak orang yang beriadah kat situ..punya la jauh beriadah kan...macam la kat Gemencheh takde taman rekreasi...hahahaha...dah alang-alang pergi Nilai so jalan-jalan la..hehehe..



Sampai-sampai je Mr Husband nampak kawan dia..so dorang apa lagi berborak la..saya jela melayan anak...Penat pulak ikut dia berlari sana sini...


 Kita orang duduk jauh sikit dari orang..The Boy tu kang kalau jumpa sama geng dia kang susah jadinya..orang punya bola ke mainan ke dia nak jugak..saya pulak tak bawak mainan dia..yela tak terfikir pulak sampai nak pergi situ kan..
Dah penat ikut dia berlari tu saya keluarkan tablet..dia kalau nampak benda alah tu paham-paham jela..suruh bukak game..bukan dia nak main..dia suruh mak yang main..tapi takpe la..sekurang-kurangnya dia duduk dekat mak dia je..kalau berjalan pun dekat-dekat mak ayah je..





Bila dapat tablet dok pegang ke sana sini...







 Sampai tak nak balik budak ni..nak kita layan dia main game kat atas padang tuuu..dah masuk maghrib dukung jela dia bawak masuk kereta..orang tengah azan takkan nak duduk situ lagi...

Kita orang pusing-pusing bandar Nilai je sambil tunggu kedai mak sedara tu bukak..disebabkan Mak Mertua nak makan burger tu yang kita orang tunggu jugak..kalau tak, tak kuasa nak tunggu lama-lama..Pukul 8 lebih baru kedai bukak..order je 6 biji 'Burger Perdana'..macam sikit tapi tunggu dia buat punya la lama..

Dah siap terus balik..lalu highway plus, punya la banyak kereta...maybe ramai yang bercuti kan cuti tahun baru..The Boy tidur awal..penat agaknya sebab siang tidur tak cukup kena kejut nak pergi Nilai..pastu dalam kereta main je kerja dia..berlari sana sini pulak kat padang..

Sampai rumah pukul 10.30mlm..keluarkan barang-barang Mr Husband..rajin pulak dia basuh semua baju-baju dia yang baru bawak balik tu...saya pulak kelaparan, apa lagi makan burger dulu!!!! ingatkan macam mana la rupa burger tu...rupanya ada daging, daging ayam, telur, cheese dan sayur kubis je..
rasa boleh la..sebab saya tak suka cheese jadi muak jugak la makan burger tu..kenyang wooooo...!!!!

Siapkan susu anak dan sediakan air panas..kemas tempat tidur..pastu saya baring sambil layan anak..tertidur...!!! entah pukul berapa la Mr Husband siap basuh baju dia tu..pagi tadi saya bangun tengok semua dah siap..laki sapa la tuuu!!!! hahahaha..time rajin...time malas bini mintak tolong sikit pun tak nak tolong!!!!