Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013....!!!

Banyak kenangan yang ditinggalkan sepanjang 2013..Suka duka yang datang dan pergi memberi seribu makna dalam hidup saya..Walau apa pun yang terjadi 2013 tetap akan meninggalkan kita..tinggal beberapa jam sahaja lagi 2014 akan muncul..
Semoga 2014 yang akan datang memberi seribu erti..semoga tahun 2014 memberi sinar dan harapan baru..

Sempena nak menyambut tahun baru ni saya juga nak juga lah tukar wajah blog saya ni..Untuk pengetahuan korang semua saya mula berblog ni pada 2 September 2013..masih baru lagi...baru 3 bulan lebih..


Ni wajah lama...



Wajah baru...



Tak banyak yang saya touch up...rasa sayang pulak nak tukar banyak-banyak..yang baru ni kasi orang senang baca dan kasi menarik sikit..menarik di kaca mata saya la..bagi korang tak tahu la macam mana kan..

Mungkin dalam 2 3 hari ni saya akan cuba bagi lagi kelainan pada blog ni supaya korang tak jemu nak jenguk..hehehe..macam ramai je yang nak jenguk kan..padahal orang tak kenal pun...hehehe..perasan je lebih!!!

Apapun detik 00.01 malam ni tetap ditunggu..kita sama-sama doakan semoga Malaysia aman makmur dan berada dilandasan yang betul..Semoga Allah memberi sinar dan harapan yang baru agar bumi bertuah ini berada dalam lindunganNya...Amin....!!!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014..!!!!!

Monday, 30 December 2013

More Vege!!!

Sudah setahun lebih saya amalkan produk Herbalife..alhamdulillah..badan rasa sihat, bertenaga..kalau kita makanan makanan yang sihat sudah tentu badan kita akan jadi sihat..bukan sahaja saya dapat berat badan yang ideal tapi kesihatan dalaman juga terjamin..
Dari segi pengambilan makanan pula saya banyakkan makan sayur dan buah-buahan..kurangkan makanan berminyak..


Makan sayur ni banyak manfaatnya..Ia adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran..Kurang mengandungi lemak dan dapat membekalkan zat-zat penting kepada badan kita..

Kita sebagai orang dewasa mungkin tiada masalah untuk makan sayuran..tapi macam mana dengan anak-anak kita..majoriti tak nak makan sayur..Kalau nampak je dalam pinggan mesti diletak ke tepi..kadang-kadang langsung tak nak bila nampak sayur..

Walaupun begitu Herbalife mencipta produk yang bernutrisi tinggi yang penting untuk kesihatan badan bagi semua peringkat umur..tak payah paksa anak makan sayur tapi cuma bagi dia minum F1 shake Herbalife..F1 mengandungi vitamin, protein, mineral dan zat-zat lain yang kanak-kanak perlukan untuk membesar..ianya terdapat dalam 5 perisa iaitu strawberi, vanila, tropical fruit, cappucino dan coklat..semestinya menarik minat kanak-kanak untuk minum..perisanya memang sedap..



Seharusnya kita mula mendidik anak-anak makan makanan yang bernutrisi dari kecil lagi..kurangkan makanan berminyak..banyakkan makan buah-buahan..
makanan segera seharusnya dielakkan kerana mengandungi bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan..

Hidangan ringkas yang mengandungi nutrisi tinggi..


Kalau anda mementingkan kesihatan anda sekeluarga mulakan hari anda dengan mengambil makanan yang berkhasiat..
Saya sebagai Indipendent Distributor  Herbalife bersedia membantu anda..
Hubungi saya di no 016-3061206 untuk mendapatkan nasihat dan info tentang Herbalife..

Thursday, 26 December 2013

Port Memancing

Hari-hari saya ulang alik dari Melaka ke N9..hari-hari jugak la lalu jalan ni..hari-hari nampak orang memancing kat tepi tasik ni..tapi tak pernah terlintas nak ambik gambar...tapi tetiba pula..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hari ni

snap!!!!










Tangan sebelah ambik gambar..sebelah lagi pegang stereng..!!!
kereta tengah bergerak tuuuu...kalau ada kereta belakang tak pasal-pasal kena maki dengan pengguna jalan raya yang lain...hahahahaha...
saja nak cari penyakit kan...

Tersentuh Hati!!!

Bila hari-hari dengan dia rasa macam rindu sangat walaupun cuma tinggalkan 8 ke 10 jam sehari because of work...Tengah buat kerja teringat kat dia..mana taknya bila saya balik kerja dia dengar je bunyi kereta dia akan berlari ke depan pintu..sambil senyum..lepas tu hulur tangan nak saya dukung dia..touching you..!!! Anak sendiri kot...saya masak kat dapur dia datang peluk..bila time dok tengok tv dia akan datang kiss..tanpa disuruh...means dia nak bermanja la tu kan...masa yang lama yang dapat habiskan masa dengan dia weekend jela..




Wednesday, 18 December 2013

Shopping Tapi Macam Bersiar-siar

Dari malam lagi dah plan dan buat list apa yang nak beli..supaya esoknya tak kelam kabut dan tak miss barang yang nak beli tu..
kalau time kerja nak keluar pergi beli barang ni paling tak suka jem dan parking!!!!
confirm sangat la yang waktu tu memang kat town pack dan susah nak cari parking..
Dah la panas terik..tapi keluar jugak..pergi ke pasaraya dekat dengan opis..dekat ye...tapi jem!! sama jugak penyudahnya jadi lambat la...
seperti yang dijangka memang takde parking..saya ke belakang tepi sungai melaka yang jadi daya tarikan pelancong tu..tengok kat belakang tu ramai yang parking...saya pun mencelah masuk jugak..nak parking punya pasal..hahahaha...tanpa melengahkan masa saya terus pergi beli barang..dah pilih apa yang nak saya terus keluar..malas nak pilih barang lama-lama..dalam pasaraya tu pun ramai orang..tak nak la sesak-sesak ni..rimasssssss!!!
sampai kat kereta nampak macam cantik pula permandangan kat situ...so dengan ringannya 
tangan snaps....



Sejak dinaiktaraf memang terpelihara la sungai ni..bersih..sejuk mata memandang..Bangunan di tepi-tepi sungai pun di cat dengan macam-macam lukisan..cantik la kan..




Dah jadi macam jalan-jalan makan angin la pulak..barang yang dibeli tak snap pun..hahaha
gambar permandangan je neh...nak duduk berangan dekat atas bangku kat situ tak kuasa...panasssssssss!!!





Yang ni jambatan pasar..


Cantikkan lukisan kat belakang bangunan ni..








Time untuk balik opissss...


Mood ::: Malasssssss...


Tuan tanah memang banyak sangat kerja kat opis ni..dari pagi mengadap pelan sampaikan nak makan pun tak sempat..bila da masuk pukul 3ptg tu mood berubah la..kalau buat kerja tak pandang jam takpe..tapi sekali pandang tahu pukul berapa memang terusss jadi malas...dari pagi memang dah malas tapi dah 3 pelan siap dalam malas tuuuuuu..tinggal lagi satu nak settle...ahhhhhh malasssssssssss...penattttttttttttt...mata sakit mengadap pc.....


Kerabunan pun makin bertambah sekarang sebab hari-hari mengadap pc..
Bila malas ni kejap buat pelan kejap tengok blog la youtube la..sakit mata la konon mengadap pc...tengok benda lain boleh pulak...hahahahaha...alasan je tuuuuuuuuu...!!!!!

Bila dah petang camni sebenarnya hati tu ingat nak balik cepat jer..padahal datang kerja lambat tapi nak balik cepat..hahaha..
walaupun datang lambat saya cover time rest tu...tu yang time rest makan biskut depan pc..boleh camtu????sesuke hati je kan...macam opis ni laki saya punya pulak...
tapi tu la datang lambat pun janji kerja kena jalan..kalau ada pelan yang client nak urgent saya datang awal la..

Jangan tiru macam saya yer...korang kena datang dan balik kerja ikut masa yang bos korang dah tetapkan tu ok...!!!

Sarapan Ke Minum Petang???


Hahahaha..awal-awal dah gelak..belum cerita apa-apa lagi tu..
Nak tergelak sebabnya bangun pagi-pagi lagi..bila time nak buat sarapan tu tak tahu nak masak apa..Nak masak nasi goreng nasi pulak takde..nak keluar pergi kedai malas..nak kejutkan Mr Husband dia tidur lagi malas nak kacau..adik ipar pun belum bangun..nak tinggal The Boy sorang tak sampai hati..dia je yang bangun awal pun..tu pun jaga sebab mak dia bangun..nak bawak The Boy pergi kedai sama malassssssssss....pendek kata malas la nak keluar...so bukak peti ais nampak keledek...tapi ada sikit je..dah takde idea lain so ambik tepung beras, serbuk kunyit dan garam..bancuh..then potong halus2 keledek...masukkan dalam bancuhan then panaskan minyak...gorengggggggggg.....!!!

Tengah menggoreng tu teringat kat pisang yang ada dalam bakul...pisang dah masak..mak mertua pula tak meniaga so boleh la ambik goreng..

Orang lain breakfast dengan nasi goreng, mee goreng, roti bakar...tapi kita orang???
Hahahahaha...macam minum petang kau..!!!
Tak kisah la..janji perut berisi..mak mertua dengan ipar tengah demam..masak sedap-sedap pun dorang tak makan juga..kan membazir masak banyak-banyak....






Keledek goreng kaler oren...hihihi..tertumpah serbuk kunyit...

Menu breakfast yang berminyak..

~ Pear ~

Dulu saya tak makan buah pear ni..dan tak nak tahu pun apa rasa dia..Kalau ada dalam peti ais yang suami beli pun saya takkan makan..saya akan ambik buah apple ke, limau ke, anggur ke..nampak macam buah lai je cuma bentuk je lain sikit..saya anggap isinya sama la macam buah lai..tu yang tak berminat nak makan..
Nak dijadikan cerita..masa saya jaga Mr Husband dekat hospital tempoh hari..mak mertua belikan buah pear dan apple..masa kat hospital memang banyak sangat la buah yang orang datang melawat bawak..saya makan apple je..Mr Husband pulak apple hijau yang dia makan..tu pun tengok mood dia nak makan..kalau tak apa pun tak nak jamah...
So bila time dia keluar hospital, semua buah-buah dan makanan bawak balik rumah..
Buah-buah semestinya simpan dalam peti ais..penghuni dalam rumah tu pun tak makan buah..macam mana nak habis semua tu...nak buang sayang pula..saya pun ambik la buah pear tu..try je...ehhhh sedap pulak rasanya...patut la ada orang buat pemanis mulut masak dengan air gula tu...rupanya sedap...
start dari situ la saya makan pear...



Sayang Isteri..

Masa Mr Husband demam saya teringin nak makan ikan sungai..tapi dia tak larat nak gi mancing..bukan tak boleh beli kat pasar tapi saya suka sangat makan ikan sungai yang fresh..tu yang dia suka sangat memancing..
 So saya pun tak kisah la kan..takkan nak paksa dia pula..bila demam dia dah kebah mula la dia plan nak memancing..mungkin rezeki agaknya..kebetulan ada orang jual ikan dekat area rumah tu..ikan fresh..sapa tak nak kan..!!! 
Mak dia panggil supaya turun ke kedai dekat depan rumah tu..ingatkan mak dia nak mintak tolong ke kan..saya malas nak turun ke bawah so melayan anak jela kat dalam rumah..lama juga dia menghilang..tup tup bawak balik ikan talapia..besar-besar pula tu..tak dapat ikan sungai ikan ni pun jadi la...hehehe..

 Tengok...besar kan..

Mr Husband suruh goreng je..dia nak makan panas-panas..yang makan pun saya, dia dengan pak mertua je pun..kebetulan ada pucuk ubi dan terung pipit yang saya ambik kat kebun tepi rumah tu saya pun plan nak masak lemak cili api letak pucuk ubi dan terung pipit tu..





 Ikan talapia tinggal 3 ekor je..sebabnya????
Ada jiran datang kat rumah nak tukar dengan ikan lampam yang dia beli..dia nak tukar semua tapi Mr Husband cakap 2 ekor je boleh tukar..ikan lampam kan banyak tulang so Mr Husband tak gemar sangat...
saya masak sambil di pantau oleh pak mertua..hehehe..al-maklum la menantu dia ni kan tak pandai sangat masak guna santan ni..hihihi..









Ikan lampam yang dah siap dibersihkan...Penat juga bersihkan ikan ni..sisik tu yang susah nak kopek sebab guna pisau je..dari pukul 5.30ptg sampai la pukul 6.30ptg baru siap..lama tak???hehehe...
Nak makan sangat kena la buat kan..takkan nak harapkan orang pula..
Gambar ikan yang dah digoreng dan masak lemak lupa nak ambik..da siap makan baru ingat...hehehe...bila mengadap ikan ni terus lupa segalaaaaa...hihihi...

Suka tengok Mr Husband makan hasil air tangan saya..yela pengerat kasih sayang kan melalui air tangan isteri..kena pandai ambik hati suami..tak gituuu??? Baru la suami suka makan kat rumah..

Permulaan.....

Assalamualaikum kawan-kawan semua...korang apa khabar? saya kat sini sihat-sihat sahaja...sejak akhir-akhir ni saya sengaja sibukkan diri....buat apa?????berkebun...minat dah lama tapi memandangkan kesuntukan masa jadi saya tangguhkan dulu...so bila ada masa je saya terus la mulakan projek tanaman...so masa tu takde la terbuang macam tu je.....hehehe...anak pun dah besar tak payah tilik dia je sepanjang masa...kita berkebun dia pun ikut sama..budak dah pandai jalan ni apa kita buat semua dia nak buat jugak...so alang-alang mak dia dah berkebun boleh la ajar dia dari kecil lagi...

Ni tapak untuk bercucuk tanam...tanah dah digemburkan..kecil je kebunnya...hehehe...kalau luas penat la tuan tanah nak jaga...
biji benih dah berbulan-bulan beli tapi sekarang baru ada masa nak tanam...saya  tanam cili, terung, kacang panjang, tembikai....semua dalam kebun kecil ni...hahaha...nak buat kebun lain tapak ada tapi tanah dia macam tak sesuai pula..laman rumah luas je nak tanam apa pun boleh...tapi tu la macam saya cakap tadi...




Budak menyibuk nak berkebun jugak..


Orkid mak mertua yang dah lama terbiar..takde orang yang nak bela bunga-bunga ni..

Kereta Antik

Ternampak..



Thursday, 12 December 2013

Hantu Durian..

Sebut je pasal durian mungkin ramai yang gemar makan buah ni..durian digelar sebagai 'Raja Buah'..terkenal kerana buahnya yang besar dan baunya yang unik..kalau kat rumah ada durian memang tak boleh nak sorok..dari jauh dah bau...hehehe..
Tapi ada juga yang tak boleh makan dan bau durian ni..bau pun dah boleh muntah-muntah..

Tahun ni pokok durian kat dusun tak berapa menjadi buah yang ada kena makan kat monyet dan tupai..so tak dapat la nak merasa..harapkan jiran-jiran yang sudi bagi jela...
Ramai juga la yang datang kat rumah bagi durian..kadang-kadang tu bila tengok The Boy yang kecik tu suka makan, Mr Husband gi beli kat kedai je..
Saya tak payah cerita la..memang hantu durian..tapi tak sangka pula The Boy pun sama..
Kalau nampak je durian dia beria suruh kita bukak durian tu..kalau tengok dia makan macam orang kebulur..nak makan sendiri...memilih pulak 2...nak buah yang fresh dan besar jer..



Part ni saya yang makan sorang-sorang..ajak Mr Husband dia makan sikit je..anak pulak tak nak maybe sebab buah ni tak fresh kot..dah 2 hari..isinya pun da rasa lain...tapi saya bedal jer..bukan kira fresh ke tak..hahaha..janji buah durian ada depan mata..!!!


Isinya memang sedap..isi tebal..ulas pun besar-besar..Dah macam bertahun tak makan..sampai 2 biji sekali gus saya melantak...durian kampung kan isi sedap..mana boleh tolak...!!! 




Dah pekena 2 biji durian apa lagi...panasssss la badan..sekali sekala melantak apa salahnya kan..durian bukan boleh beli kat kedai bila-bila masa..kena tunggu musim baru dapat..
Tak dapat nak buat tempoyak sebab durian tak banyak dapat..yang ada setakat untuk makan je..kalau korang bermurah hati nak bagi free kat saya ni bagitau la ye...hehehehe...

Tupperware Jadi Topi

Bila malam macam ni la ragam budak ni...macam2 die nak main..kalau die tengok orang kusyuk tengok tv die mula la gi dapur ambik pinggan mangkuk..ambik tupperware untuk dijadikan barang mainan..padahal ade 3 bakul mainan die tak nak pulak ambik...
nenek die pulak layankan aje..


Masa ni die nak bukak beg ni..sebab ade buku report kesihatan dan ubat dia saya tak bagi la main..die merajuk terus ke dapur..

Gelak bila dapat ape yang die nak..


Tak cukup satu die gi ambik lagi satu kat dapur..
kalau boleh semua tupperware die nak angkut..






Wednesday, 11 December 2013

Imamku Tengok Kartun!!!

Orang sibuk tengok cerita yang best kat tv dia pulak sibuk nak ajak main..mana la mak dia ni tak hanginn...bila kita marah dia tunduk pastu curi-curi pandang kita..
Dari marah terus jadi kesian pulak kat dia...
So ambik la tablet bagi dia tengok kartun..bila cerita dah habis baru boleh layan dia main..hehehehe...teruk kan mak dia ni...tv di utamakan dari anak sendiri...!!!hahahaha..














Tak best agaknya asyik tengok kartun yang sama jer...hehehe...tengok tv jugak la....





Sunday, 8 December 2013

Macam Mana Ni???

Umur The Boy sekarang dah masuk 1tahun 5bulan..so gigi dia da banyak tumbuh..Masa ni la nak kena jaga..dari segi gosok gigi memang takde masalah..sebab dia ok je bila time gosok gigi tu..masalahnya sekarang dia still nak nyonyot jer..puting tu tak nak tinggal..risau la kan takut gigi dia tak cantik..Mak mertua cakap takut jadi jongang..dulu dia jugak yang ajar budak tu isap puting..sekarang nak bising2 bila budak tu isap puting lagi..nak cakap takut kecik hati pulak..nak buat macam mana tabiat dia yang tu susah nak buang..sapa suruh didik camtu kan..pandai sangat...
tapi betol ke budak yang isap puting ni gigi jongang..adik saya dulu isap puting sampai umur 3 tahun..tapi cantik je gigi dia..tersusun cantik..isap puting ada effect ker??ke kebetulan je...
ishhhhhhkkkkk..


Ni la puting dia..tukar yang lain tak nak..nak yang jenis ni jer..

Apa pun kalau gigi dia nak jadi jongang ke tak ke..nak buat macam mana..semua tu kan Allah yang bagi...lagipun anak kita..tak kan sebab jongang kita tak suka dia kan..Semua tu Allah yang tentukan..
Kita tetap kena sayang anak kita..

Kalau gigi tu sekarang cantik pun belum tentu sampai besar kekal cantik..entah2 bila besar nanti berlaku apa2 kita tak tahu..tup2 gigi patah ke..betul tak????
Yang penting ajar dia gosok gigi dengan betul..penjagaan gigi kan penting..kalau gigi tersusun rapi tapi tak gosok pun tak guna jugak...

Masuk Kebun Lagiii

Mak & Pak mertua petang sabtu yang lepas nak tebang pokok getah yang dah mati untuk jadikan kayu api untuk kambing..yelaaa hujan2 ni kan sejuk....risau kambing2 dalam kandang tu kesejukan..
Semua pergi kebun..memandangkan motor ada 3 je so saya dengan Mr Husband & The Boy terpaksa la naik motor mahal ni masuk kebun..hahahahaha..




Kasut The Boy dalam motor atuknya..kena tunggu dulu baru boleh bagi dia berjalan sendiri..
Angin je dia..tengok lembu dia dah tunggu kat pintu kandang..tapi dia tak dapat nak turun dari motor lagi..




Lembu..bersedia untuk dilepaskan...








Bila kasut bot dia dah sampai saya pakaikan kasut dia..tak sabar nak turun..sekali dah dapat turun berlari nak ke atuknya sebab atuknya lepaskan lembu kat kawasan lapang...nak pegang tak bagi..nak jalan sendiri je..macam la dia dah besar sangat...anak oh anak...
Bila dia nak jalan dah tak boleh sebab tersangkut kayu Mr Husband gi la pimpin dia..






Pokok getah kena tebang..




Orang tengah tebang pokok dia sibuk nak ke sana...dah kena marah..buat muka..saya bagi dia duduk kat batang pokok yang dah tebang tuu..nak kutip ranting2 kayu pulak..tak bagi sebab takut kena mata dia mengamuk..aleh2 dia nampak kotak rokok..dia ambik buat main..saya nak ambik dia meraung2 kat situuuu..adoyai....saya bagi jela..nasib baik dia tak gigit kotak tuuuu....







                  Muka cool je..padahal baru lepas mengamukkkk..







Kan dah kena gigit nyamuk..








Bila dah tergaru2 je tu saya ajak Mr Husband balik la..kesian pulak anak dah gatal2 tu..Badan dah la berpeluh2..confirm tersangatlah gatalnya...
Kalau dia sendiri rasa tak selesa badan..ajak balik pun dia nak je..kalau tak jangan harap la nak balik cepat..



Sebelum balik saya sempat ambik gambar sekeliling kebun..layankan jela korang yerrrr...hehehe....


Zoom...tak nampak la durian..kecik je lagi...


Buah yang besar2 kena makan kat tupai & monyet..


Pondok pekerja Mak & Pak mertua..










Bila sampai rumah sesi mencuci motor la pulak...semua motor masuk lopak lumpur....Mr Husband tengah tunggu turn dia nak cuci motor..