Assalamualaikum kawan-kawan semua...korang apa khabar? saya kat sini sihat-sihat sahaja...sejak akhir-akhir ni saya sengaja sibukkan diri....buat apa?????berkebun...minat dah lama tapi memandangkan kesuntukan masa jadi saya tangguhkan dulu...so bila ada masa je saya terus la mulakan projek tanaman...so masa tu takde la terbuang macam tu je.....hehehe...anak pun dah besar tak payah tilik dia je sepanjang masa...kita berkebun dia pun ikut sama..budak dah pandai jalan ni apa kita buat semua dia nak buat jugak...so alang-alang mak dia dah berkebun boleh la ajar dia dari kecil lagi...
Ni tapak untuk bercucuk tanam...tanah dah digemburkan..kecil je kebunnya...hehehe...kalau luas penat la tuan tanah nak jaga...
biji benih dah berbulan-bulan beli tapi sekarang baru ada masa nak tanam...saya tanam cili, terung, kacang panjang, tembikai....semua dalam kebun kecil ni...hahaha...nak buat kebun lain tapak ada tapi tanah dia macam tak sesuai pula..laman rumah luas je nak tanam apa pun boleh...tapi tu la macam saya cakap tadi...
Budak menyibuk nak berkebun jugak..
Orkid mak mertua yang dah lama terbiar..takde orang yang nak bela bunga-bunga ni..
No comments:
Post a Comment