Wednesday, 26 February 2014

Nikmati Manfaat Cucian Aloe

Banyak sangat produk mandian yang ada kat pasaran sekarang..sampai tak tahu mana 1 nak pilih..
Memandangkan saya dah menjadi pengguna produk kesihatan Herbalife so saya pun teruskan je guna produk untuk badan dan rambut dari Herbalife juga..
Buat apa nak pening-peningkan kepala guna produk lain yang tak tahu keberkesanannya macam mana kan..

Ini adalah produk penjagaan rambut dan badan dari Herbalife..memang best sangat..kesannya lebih efektif dan cepat..berbaloi-baloi..

Image dari google..

Herbal Aloe Moisturizing Conditioner
1. Mengekalkan kelembapan untuk rambut yang lembut dan senang didandan.
2. Mengembalikan kilauan kepada rambut yang kering, rosak dan yang diwarnakan.
3. Untuk hasil terbaik, guna dengan Herbal Aloe Moisturizing Shampoo.


Herbal Aloe Moisturizing Shampoo
1. Menjadikan rambut berkilat dan mengekalkan kelembapan.
2. Memberi khasiat dan melindungi rambut.
3. Cukup lembut untuk kegunaan setiap hari.


Herbal Aloe Soft Hold Spray
1. Memberi dandanan yang tahan lama, lembut dan boleh diurai.
2. Lembut, semburan setiap hari yang memperbaharui kilauan dan seri rambut.


Herbal Aloe Everday Body Wash
1. Tidak meninggalkan kesan membersihkan.
2. Menghidrasi kulit rengsa yang terdedah kepada cahaya matahari.
3. Formula tidak berminyak.


Herbal Aloe Hand Cream
1. Memberi khasiat dan merapikan untuk tangan yang lebih lembut, kelihatan dan berasa lebih muda.
2. Mengandungi aloe, minyak grapeseed dan gliserin sayur.


Herbal Aloe Everday Soothing Gel
1. Tidak meninggalkan kesan membersihkan.
2. Menenangkan kulit lekit.
3. Formula tidak berminyak.

Kasut setahun lamanya...

Assalamualaikum semua..apa khabar korang hari ni? harap korang sihat walafiat la..dah 2 minggu tak update entri rasa rindu pulak..saya sibuk sangat sejak akhir-akhir ni..handle projek sorang2..semua kerja atas kepala saya je..penat wehhhh..nak tidur pun still ingat kerja..Alhamdulillah dah settle pun..sekarang ni handle yang kecik-kecik je..orang lepas tangan kita buat je la kan..dah kita pun kuli jer...

Berbalik pada tajuk entri kita hari ni, pasal kasut..sebenarnya kasut ni saya beli masa raya puasa tahun lepas..beli untuk raya dan untuk kerja terus..kalau beli cantik-cantik pun nanti lepas raya nak pakai sayang pulak..lagipun kerja saya kadang-kadang kena pergi site..kira sesuai la kan..2 in 1 kan..hihihi..beli banyak-banyak kang tak terpakai pulak...



Saya suka sangat dengan kasut ni..sebab ringan dan selesa..2 yang paling penting..
Kalau tak selesa, menyakitkan kaki je watpe..baik buang je..
Murah je kasut ni..tapi tahan lasak..nampak macam baru lagi walaupun dah setahun lamanya..






Sesiapa yang jenis bergaya sakan tu mesti tak pandang kasut camni..mesti nak pakai yang bertumit tinggi bagai..tapi saya ni jenis simple so kasut pun simple la..dulu-dulu masa bujang ada beli yang tinggi tu tapi pakai sekali je pastu simpan dalam gobok..hahaha..leceh nak pakai!!!

Orang Bagikkkk..

Ada orang tuuuuuu...gi Langkawi...balik opis bagik kita 2 biji jeeeeee...


Boley la kan...dapat la jugak merasa...hihihi..


Tuesday, 11 February 2014

Mengisi perot!!

Bila tak sarapan mula la...belum pukul 11 pun perut dah mula mintak diisi..adoiii..kerja banyak sangat nak kena hadap..mana la sempat nak pikir pasal makan ni..bila perut dah mula mintak diisi baru perasan yang belum makan lagikkk!!!

So nak tak nak..keluar la pergi makan..cari tempat makan kat Aeon Bandar Melaka...



Sunday, 9 February 2014

Faktor Cuacakah???

Senyum..then rasa lain je..pastu ambil tisu lap mulut..hmmm..darah..bibir merekah..tetiba je..adakah disebabkan cuaca..nak kata tak minum air, bukan main banyak lagi..kulit pun jadi kering..bukan saya je..adik ipar pun sama..Mr Husband pun..
Cuaca kat melaka dan n9 agak panas..rasanya dah sebulan tak hujan...
Tak sama macam kelantan yang sejuk macam tinggal kat eropah gituuu...
Peralihan angin agaknya..sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita..



Kena Minyak Panas...

Sapa yang dah tengok facebook saya dah tahu la pasal ni..hari sabtu lepas masa goreng cempedak..cempedak terjatuh dalam minyak balik masa nak angkat..terpercik la minyak kena tangan..sakit weh..sebab minyak memang tengah panas..tup-tup dah jadi macam ni..tapi still rasa sakit..nak pecahkan tapi takut bertambah sakit bila time basuh pinggan ke..


Bukan tak hati-hati tapi memang tiap kali goreng cempedak minyak akan terpercik...cempedak kan bulat..guna penyepit pun still jatuh..sebelum ni sempat mengelak..tapi kali ni je..dah nak jadi agaknya..





Hasil Sungai FIL

Seperti biasa..hari sabtu dan ahad saya akan bantu MIL berniaga..selalunya FIL akan sibuk dengan kambing dan lembu dia..Cari rumput untuk bagi makan..abang yang selalu ajak FIL tu datang rumah nak ajak FIL join lagi ke Batu 6..masa tu FIL bagitau MIL..mula-mula MIL tak bagi..lepas tu dia kesia pulak..at last bagi jugak...

Laki bini biasa la kan..kena ayat sikit dah kesian..hehehe..gaduh bertikam lidah pun sehari je..bila dah sejuk..baik balik..ye tak??hahaha..
Dari pagi dia pergi lewat petang baru balik...MIL cool la sebab hasil yang bawak balik banyak..kalau tak..memang kena dengar membebel jela sepanjang hari..





  Udang besar 5 ekor..







Ikan segar ni sedap goreng, makan panas-panas..hmmmmm...sodap weii..

Takde Kerja..Tunjuk Rajin..

 Assalamualaikum semua.. Harap korang sihat walafiat hendakNya..Hari ni nak mula kerja balik lepas 2 hari cuti rasa malas sangat..pagi tadi agak liat nak bangun..hehehe..Rasa macam tak puas layan kerenah anak 2 hari tu..tup-tup hari ni tinggal anak lagi..Mr Husband dah kerja kat melaka sekarang..so hari-hari pergi kerja sama-sama..balik kerja pun sama-sama..cuma dia la balik lewat sejam dari saya..so saya kena la tunggu dia..bila dia banyak kerja pukul 6.40 petang baru dapat jemput saya kat opis..

So kita sambung cerita tadi..hari ni memang takde kerja sebenarnya nak kena buat..semua pelan dah settle..tunggu surveyor datang bagi data jer..so saya bosan pulak..ternampak pulak daily report yang memang bos suruh guna recycle balik untuk catat pape ke..belah belakang kosong boleh guna lagi..buang terus membazir pulak..



Saya potong dari kertas saiz A4 kepada 2..so kecik sikit buku nota 2 nanti..Lepas 2 saya guna stapler besar yang boleh staple kertas tebal..bila dah nampak macam buku, tak cantik pulak takde cover depan dan belakang..memandangkan kalendar tahun lepas belom dibuang saya gunakan sebagai cover..cantik tengok kertas yang tebal tu..lagipun ada gambar yang cantik..
Lepas tu guna binding tape untuk cantikkan lagi..nampak kemas macam baru beli..

Tadaaa..Cantik tak???



Dah penat memotong kertas untuk buat buku nota..saya teruskan lagi aktiviti memenuhi masa terluang..(hahahahahahahahaha) dengan membuat sampul cd..daripada membazir beli sampul kan..


Siap semua tu tinggal lagi 5 jam untuk diisi masa terluang ituuuu..
Tengah berangan segala..tengok meja macam bersepah jer..so apa lagi...


Selepas sesi membuang dan melipat pelan yang tak guna...nampak la kemas sikit..hahaha..



Kemas meja tak ambik masa lama pun..dah tak tahu apa nak buat saya pun log in blog...
Sesi tayang 'kerajinan' yang adooo..

Wednesday, 5 February 2014

Makan Banyak Sayur dan Buah..

Saya ni memang suka makan sayur dan buah-buahan tapi takde la sampai buat salad bagai..just ambik bauh terus 'ngaaaap' jer...hehehe..tak kuasa nak potong-potong segala..nampak sangat malas kan..hehehe..memang dah sedia maklum makan sayur dan buah ni dapat elakkan sembelit..
rasanya semua orang tahu kan..
Bab sayur ni pulak memang suka makan jugak tapi bukan semua jenis sayur saya makan..pilih-pilih jugak la..hehe..

Kalau makan saya suka letak sayur dan lauk banyak-banyak..nasi ciput pun takpe..sebabnya cepat kenyang..at least kenyang dengan sayur dan lauk..hahaha..
lagipun baik untuk badan..

Entri sebelum ni dah di coretkan kelebihan makan sayur dan buah so saya tak payah la memenatkan jari untuk menaip lagi..korang baca la entri ini ye..



Gambar ni dari goole..






Herbalife memang terbaik!!!

Assalamualaikum semua..korang apa khabar?
saya seperti biasa..tak perlu bagitahu lagi sebabnya alasan yang sama je tiap kali update status..hahaha..dah memang betul-betul sibuk nak buat macam mana kan..Dengan Herbalife..dengan pelan..dengan anak..dengan laki lagi..hehehehe..macam la orang lain tak sibuk kan..alasan semata-mata!

Kali ni saya nak share tentang Herbalife lagi..dah saya guna produk Herbalife dan rasa perubahan selepas amalkannya so saya pun nak la share dengan korang..benda baik apa salahnya kan..sambil-sambil membantu orang untuk hidup sihat..

Sebelum tu saya nak bagitahu la sikit tentang Herbalife ni..mungkin ramai lagi yang tak tahu apa itu Herbalife...

H E R B A L I F E      T U     A P A??
Merupakan syarikat nutrisi dan pengurusan berat badan.

G L O B A L
Memperbaiki kehidupan di 81 buah negara, di enam benua, melalui rangkaian lebih 2.5 juta pengedar..

I N O V A T I F
Membangunkan produk pengurusan berat badan, nutrisi bersasar, tenaga & kesihatan dan penjagaan peribadi l nutrisi luaran yang terbaik, disokong oleh doktor dan saintis tersohor di dunia.




Apa yang kita makan dan pilihan gaya hidup kita mempengaruhi kesihatan, tahap tenaga dan kesejahteraan kita. Untuk membuat perubahan yang positif, korang perlu mempunyai pemahaman asas tentang  prinsip nutrisi, mengenal pasti bahagian-bahagian yang membimbangkan dan mengadaptasi pengetahuan ini, bersama perubahan yang sewajarnya kepada rutin harian korang. Saya sebagai pengguna produk Herbalife akan membantu korang mengatasinya..

Bukan promote sebab nak lariskan produk tapi saya sendiri yang amalkan so saya tahu produk apa yang terbaik..sebelum ni saya dah cuba pelbagai jenis produk tapi tak berkesan..buang duit je..tapi Alhamdulillah dengan Herbalife memang betul-betul berhasil...ramai yang cakap Herbalife ni mahal...produk yang terbaik memang la mahal sikit..tapi hasilnya luar biasa..kalau beli produk murah tapi tak berhasil tak guna juga kan..
Yang paling penting..produk Herbalife ni tak pernah ada kes yang memudaratkan pengguna..sebabnya Herbalife dibimbing oleh sekumpulan penasihat saintifik dan nutrisi tersohor di dunia yang memainkan peranan dalam pembangunan produk dan program pengujian.


Monday, 3 February 2014

Birthday SIL

 20th Jan yang lepas birthday my SIL...sebelum 2 saya dah mengidam nak makan kek..Mr Husband siap call suruh belikan..lagipun tinggal kami berdua je yang ada untuk celebrate dia punya hari jadi..hari 2 saya memang kelam kabut..mana taknya..dah la keluar opis lambat..




Lepas 2 gi cari cempedak untuk MIL..takde kat tempat biasa nak kena gi cari kat pasar malam pulak..pastu cari kedai kek lagi..kek time kita nak 2 la tak jumpa kedai keknya..time tak nak depan mata je..pastu gi beli barang dapur lagi..



Time ni dah pukul 6.30 petang..dah lambat..nak kena cari kedai kek lagi..

Pukul 9 lebih sampai rumah..penatnye la rasaaaaa...









Kek semata-mata..tak sempat nak masak pape..



                   



Nampak Motor Mula Laaa.....

Bila bangun pagi dia akan terus gi kat motor bapak dia 2..nak ajak naik motor laaaa..