Sunday, 9 February 2014

Takde Kerja..Tunjuk Rajin..

 Assalamualaikum semua.. Harap korang sihat walafiat hendakNya..Hari ni nak mula kerja balik lepas 2 hari cuti rasa malas sangat..pagi tadi agak liat nak bangun..hehehe..Rasa macam tak puas layan kerenah anak 2 hari tu..tup-tup hari ni tinggal anak lagi..Mr Husband dah kerja kat melaka sekarang..so hari-hari pergi kerja sama-sama..balik kerja pun sama-sama..cuma dia la balik lewat sejam dari saya..so saya kena la tunggu dia..bila dia banyak kerja pukul 6.40 petang baru dapat jemput saya kat opis..

So kita sambung cerita tadi..hari ni memang takde kerja sebenarnya nak kena buat..semua pelan dah settle..tunggu surveyor datang bagi data jer..so saya bosan pulak..ternampak pulak daily report yang memang bos suruh guna recycle balik untuk catat pape ke..belah belakang kosong boleh guna lagi..buang terus membazir pulak..



Saya potong dari kertas saiz A4 kepada 2..so kecik sikit buku nota 2 nanti..Lepas 2 saya guna stapler besar yang boleh staple kertas tebal..bila dah nampak macam buku, tak cantik pulak takde cover depan dan belakang..memandangkan kalendar tahun lepas belom dibuang saya gunakan sebagai cover..cantik tengok kertas yang tebal tu..lagipun ada gambar yang cantik..
Lepas tu guna binding tape untuk cantikkan lagi..nampak kemas macam baru beli..

Tadaaa..Cantik tak???



Dah penat memotong kertas untuk buat buku nota..saya teruskan lagi aktiviti memenuhi masa terluang..(hahahahahahahahaha) dengan membuat sampul cd..daripada membazir beli sampul kan..


Siap semua tu tinggal lagi 5 jam untuk diisi masa terluang ituuuu..
Tengah berangan segala..tengok meja macam bersepah jer..so apa lagi...


Selepas sesi membuang dan melipat pelan yang tak guna...nampak la kemas sikit..hahaha..



Kemas meja tak ambik masa lama pun..dah tak tahu apa nak buat saya pun log in blog...
Sesi tayang 'kerajinan' yang adooo..

No comments:

Post a Comment