Assalamualaikum..
Banyaknya sawang dalam ni..dah lama tak masuk..dah lama entry tak ber'update'..
Alasan tuan rumah tetap sama..'SIBUK'..
Nak buat macam mana dah tuntutan kerja macam tu..kena la ikut..sampai hari minggu pun macam-macam kerja yang kena buat..istilah letih tu seolah-olah tak wujud dalam kamus hidup aku..hehehehe..
Kadang-kadang dalam opis pun aku tak sempat nak makan..sebab tu selalunya aku bawak bekal siap-siap..so kalau kita nak makan lambat pukul berapa pun takpe sebab boleh makan dalam opis je..
Tapi hari ni aku teringin nak beli makanan kat luar..so aku pergi la beli kat sebelah bangunan opis ni..
Main ambik je duit dalam beg..ambik duit singgit-singgit pulak tu..tak kira pun berapa ringgit..
Aku pergi sorang-sorang je..malas nak kelua ramai-ramai nanti melambatkan...hahaha..yela kalau ramai-ramai banyak sembang pulak nanti..masa aku sampai kat kedai tu dah tak banyak lauk dah..aku ambil jela apa yang ada..bajet tak lebih la dari 5 hinggit..
tup-tup aku tanya 6.30..dalam kepala aku..mahalnya..setakat ambil ayam dengan sayur sikit je pun..kalau tempat lain aku tak tau la..tapi kalau area melaka bagi aku mahal..sebenarnya bukan aku je cakap mahal..hakak-hakak opis ni pun cakap macam tu jugak..sebab kat kedai lain takde la sampai macam tu sekali..tadi aku nak pergi warung satu lagi nampak orang ramai sangat..aku segan pulak..kan aku sensorang..
Korang tengok la sendiri..
kalau orang ada-ada mungkin biasa je harga macam ni..buat aku teringat pada satu post dekat FB mengenai seorang mak cik dengan anak-anak kecil yang tiada tempat tinggal..tiada duit untuk membeli makanan untuk anaknya..rasanya korang dah tau sebab tengah viral sekarang ni..nasib baik ada hamba Allah yang sudi tolong mak cik tu..dengan harga makanan sekarang yang mahal macam mana la dia nak bagi anak-anak dia makan..kadang-kadang mereka tidak makan cuma minum air je..sedih jugak aku baca kisah dia..kononnya negara maju tapi masih ada lagi rakyat yang dalam kesusahan..semoga Allah pelihara mereka dan memberi kesenangan kepada mereka..sama-sama kita bantu mereka..kita ni mahal-mahal pun masih mampu lagi boleh beli..tapi mereka..sanggup berlapar..buat aku berfikir kadang-kadang Allah uji aku susah dengan pelbagai masalah..tu pun rasa macam dah susah sangat dah..kadang merungut..tapi aku lupa susah-susah aku ada lagi yang lagi susah..kadang lupa bersyukur..aku tak dapat bayangkan betapa sabarnya mak cik tu..betapa kuat semangat dia..macam mana agaknya tidur dekat kaki lima je..macam-macam bermain dalam kepala ni..semoga ada pihak yang berkenaan membantu beliau..sekurang-kurangnya ada rumah untuk dia berteduh..keselamatan anak-anak lebih terjamin..
Kita sebagai saudara sesama muslim sama-samalah kita memberi sedikit sumbangan untuk membantu mereka..dengan kesenangan kita moga dapat menyenangkan mereka yang dalam kesusahan..ada sebab kenapa Allah hantar orang yang tergerak hati untuk menyapa dia dan bersembang di mana asal usulnya..supaya dengan jalan itu ada hamba-hamba Allah yang lain dapat sama-sama membantu beliau..sedekah kita yang tak seberapa itu moga mendapat ganjaran yang besar disisi Allah..Aminnn...
No comments:
Post a Comment