Monday, 26 September 2016

Kita Bakar-bakar..ahakssss..

Tinggal beberapa hari je lagi untuk aku balik kampung..kepala ni macam-macam dok fikir untuk settlekan satu persatu kerja..sebelum bercuti kena settlekan kerja baru la tenang sikit kepala otak ni..dapat bercuti dengan aman damai..atas alasan itu jugak la aku tak dapat nak update entri..busy..busy..n busy untuk beberapa hari yang tinggal ni..

Dikesempatan yang ada ni aku nak share kisah-kisah yang berlaku minggu ni..bermula dengan projek untuk buat dodol..macam biasa la kena buat meeting sket kan...bincang nak buat hari apa,barang apa nak beli..sape yang nak ambil kayu..seminggu sebelum buat dodol dah kelam kabut dah..macam-macam barang nak prepare..bila ramai yang balik kampung macam biasa la..Mr. H suka beli lauk banyak dan mintak mak dia masakkan..orang jarang dapat merasa air tangan mak katakan..makan-makan sambil bincang tentang projek dodol..tiap kali nak raya MIL mesti nak buat dodol..dah macam habit dia pulak..
Sementara geng lelaki berbincang..kami yang gegurl ni sibuk di dapur..Mr. H kalau nampak ikan jaket a.k.a ikan cencaru ni memang dia macam orang gian..suka sangat..kalau yang besar jela..kecik-kecik dia tak suka..menu dia sama je kalau untuk ikan jaket ni..bakar dan cicah dengan air asam..


IKAN CENCARU BAKAR
Bahan-bahan:
5 ekor ikan jaket bersaiz besar
Kunyit hidup ~ 7 inci @ secukupnya (dikisar)
Serai ~ 3 batang (dikisar)
Bawang merah ~ 5 biji (dikisar)
Bawang putih ~ 3 ulas (dikisar)
Garam ~ secukupnya
Serbuk perasa ~ sedikit sahaja

Cara-cara:



1. Belah ikan jaket di bahagian belakang. Kalau tak tahu boleh tengok pada gambar di atas. Cuci bersih dan lumurkan dengan bahan-bahan yang dikisar bersama garam dan serbuk perasa.



Ni rupa bahan-bahan yang telah dikisar tu..



2. Perap ikan lebih kurang setengah jam sebelum dibakar di atas bara api atau di dalam oven pun boleh.

AIR ASAM
Bahan-bahan:
Bawang merah ~ 5 biji (dihiris halus)
Cili Padi ~ 8 tangkai (kalau nak lagi pedas boleh tambah ~ ditumbuk)
Asam jawa ~ secukupnya (ditambah air dan kacau dibuang biji ~ air asam biar pekat sedikit)

Campurkan semua bahan-bahan dan kacau rata.
Sedia di hidang bersama ikan bakar.



Untuk menu kedua pula ikan sembilang masak lemak cili padi. Peberet Mr. H juga..


Masak Lemak Cili Padi ~ Ikan Sembilang Salai
Bahan-bahan:
Ikan sembilang ~ 5 ekor (dicuci bersih)
Serbuk kunyit ~ secukupnya
Garam ~ secukupnya
Santan ~ 1 biji kelapa (kalau guna santan kotak 1 kotak cukup)
Cili padi ~ secukupnya ikut citarasa pedas yang korang nak
kunyit hidup ~ secukupnya (dikisar)
Daun gelugor ~ dihiris halus macam nak buat bunga rampai
Serbuk perasa

Cara-caranya:
1. Cuci ikan sembilang sebersihnya dan perap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Salai dia atas bara api atau menggunakan oven. 
2. Masukkan daun gelugur di dalam periuk kecil untuk celurkan sekejap dengan air panas. Kemudian sejatkan.
3. Masukkan santan, cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar ke dalam kuali. Aku selesa guna kuali sebab senang nak kacau. Masukkan garam, serbuk perasa dan kacau supaya santan tidak berketul-ketul. Masak sehingga kuah kelihatan pekat sedikit dan masukkan daun gelugur tadi. Kemudian masukkan ikan yang telah disalai..kacau sekejap dan jangan terlalu kuat takut ikan hancur. Ikan dah siap masak sedia untuk dihidang.

Aku lupa nak ambil gambar yang dah siap masak. Tengah makan malas nak snap pegang tepon bagai..hilang feel nanti..hahahaha...

SELAMAT MENCUBA..!!!






No comments:

Post a Comment