Wednesday, 12 October 2016

Spaghetti Bolognese Buatan Sendiri

     Dah lama aku mengidam nak buat spagetti ni..mengidam nak buat sendiri eh..bukan mengidam nak makan kat kedai..kalau kat kedai senang je..pergi terus order..tapi aku nak buat sendiri sebab kalau buat sendiri banyak yang boleh makan..makan kat kedai kang sikit je..hahahaha..osah la perut jenis tong drum kan...wakakakaka..Niat memang nak bawak ke opis jugak..boleh makan ramai-ramai..untuk kelainan aku tukar..tak guna spagetti tapi guna fettucini..benda yang sama je pon.. macam mee dengan kue teaw la..Mesti korang tertunggu menu diet aku kan..korang kena tunggu dulu la..sebab banyak lagi benda tak sihat dalam ice box tu..hahahaha..belum habis..aku terpaksa stop dulu berangan nak diet..kikikiki...Ni adalah barang-barang utama nak masak..




Bahan-bahan:
Bawang putih ~ 5 ulas (ditumbuk)
Bawang merah ~ 7 biji (ditumbuk)
Sos Prego tradisi ~ 1 tin kecil
Tomato puree Kimball ~ 1/2 tin 
Cendawan butang ~ 1 tin (dihiris)
Meatball ~ secukupnya (potong 4 atau 2) (digoreng terlebih dahulu)
Daging burger ~ secukupnya (dicincang halus)
Fettucini ~ 1 bungkus (direbus bersama 1 sudu minyak masak & sedikit garam hingga lembut/masak)
Minyak untuk menumis
Sedikit air
*lada hitam ditumbuk (optional)
Garam
Serbuk perasa


Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
2. Masukkan daging burger tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato puree dan sos tradisi prego dan kacau seketika.
3. Masukkan cendawan butang yang dihiris dan meatball yang telah digoreng. Separuh dari meatball tu aku potong 4 dan separuh lagi aku tak potong. Biarkan besar-besar camtu je. Setelah itu masukkan air sesuai dengan kepekatan yang korang nak. Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Kat dalam icebox aku dah habis lada hitam so aku tak letak la. Nak rasa pedas-pedas sikit korang boleh la tambahkan lada hitam yang ditumbuk.
4. Dah masak boleh la hidang bersama dengan fettucini yang dah direbus. Nak lagi best korang boleh la tabur cheese kat atas hidangan tu..tapi kena makan panas-panas la kalau nak tabur cheese.


     Masak sendiri salah satunya boleh bajet..sebab boleh abaikan bahan-bahan yang mahal dan jarang guna..macam Oregano atau Italian herbs tu guna untuk masak Spaghetti Bolognese je..lainla kalau hari-hari guna bahan tu..tak gituuuuu..tambah lak yang jenis jarang memasak macam aku ni cuma hujung minggu je masak kat rumah MIL..sesekali teringin boleh la..
    
     Selain tu kita boleh pelbagaikan masakan kita tu..kita nak isi perot kita kan..kena la masak sedap-sedap..






Alhamdulillah banyak jugak dapat..siap boleh bawak ke opis..
Aku letak 1 bekas siap-siap untuk hakak kesayangan aku tu..dia la yang suka bawak macam-macam makanan untuk aku..
Bos pon dapat la merasa..takkan bos je asek belanja staff kan..sesekali apa salahnya kita bawak makanan untuk bos pulak..bukan membodek eh..wakakaka...





Tuesday, 11 October 2016

Kentang Goreng Berlada

Kadang-kadang jemu jugak kalau asyik makan ayam jer kan..sampai dah tak tau nak masak menu apa..balik-balik ayam kicap, sup ayam, kari la, masak merah la..kadang dah tak tau nak beli lauk apa kan..aku pernah tengok FIL masak masakan simple ni dulu-dulu..ni kira dah tahap dorang dah bosan makan ayam dan jugak ikan...bila aku try makan sedap jugak..makan dengan nasi putih macam tu jer..

Meh aku tunjukkan resepi mudah ni..maybe ada yang dah pernah buat kot..tapi takpa korang boleh tengok cara aku pulak okeyyyy..

KENTANG GORENG BERLADA
Bahan-bahan:
Kentang ~ 5 biji (dikupas kulit dan potong 4)
Ikan bilis ~ secukupnya (cuci dan ditumbuk)
Bawang merah ~ 4 biji (ditumbuk halus)
Bawang putih ~ 2 ulas (ditumbuk halus)
Kunyit hidup ~ 1 inci (ditumbuk halus)
Cili padi ~ 15 tangkai (ikut citarasa nak lagi pedas boleh tambah)
Garam ~ secukuo rasa
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis
Sedikit Air
Asam keping ~ 2 keping


CARA-CARA:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kacau sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan kentang dan sedikit air supaya kentang empuk dengan baik.
3. Tutup kuali dan biarkan sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa serta asam keping. Apabila telah masak bolehlah dihidang dengan nasi panas-panas.















Wednesday, 28 September 2016

Bile Nak ABis Nihhh!!!

Macam yang aku cakap semalam..aku tak boleh mulakan diet..belum clear stok lagikkk...malam tadi aku makan yang segera ni..kalau sebulan makan macam ni boleh jadik tong drummmmm..hahahaha..
Agak-agak jadik tong drum comel tak???wakakaka...



Bukan senang sebenarnya nak mantainkan berat badan..turun naik tu biasa..tapi jangan sampai melebihi had..kalau tak akan jadi cepat penat..nak solat pon tak larat nanti..effect pada lutut jugak nanti..aku nak bercakap soal obes ni bukan pandai sangat..tapi yang aku tahu..aku tak selesa kalau berat dah naik..aku sendiri rasa cepat penat..kang mula la jadi malas nak buat kerja..aku cakap itu aku okey..orang lain tak tau la..maybe ade je yang ok bila berat dia naik kan..
Korang jangan jadik macam aku okey..jangan makan sangat benda-benda macam ni..tak sihat..;-)

Tuesday, 27 September 2016

Manggis..


Aku teringin...bulan lepas beria pergi jolok buah manggis ni kat dalam kebun nyeng..tu pun buah tak berapa ada da..ralit makan buah ni..sedap sangat..aku balik kampung haritu pun tak banyak buahnya..rambutan melambak-lambak pulak..tapi aku tak gemar sangat dengan rambutan..lepas jolok terus makan kat bawah pokok tu yang best..segar dari kebun kauuuu..hahaha..


Burung Puyuh Hutan

Adik aku memang suka ikut kawan-kawan dia pergi tangkap burung puyuh di dalam hutan..Dorang akan pergi waktu malam..agak bahaya jugak la sebab sebelum ni pernah terserempak dengan harimau bintang..tu pun belum serik lagi..nak jugak pergi lagi..masa aku kat kampung aritu dia pergi tangkap dengan kawan-kawan dia..banyak jugak yang dia dapat..The Boy hari-hari intai burung tu kat dalam reban..jakun sebab tak pernah tengok..hahaha..nak kata anak orang bandar..tinggal dengan nenek kat kampung jugak..



Adik aku mintak aku masak burung tu..si Daus mintak aku buat kerutup..tapi burung puyuh hutan kan kecik je..tak best la masak kerutup..aku masak lemak cili padi campur daun pegaga..aku pun dah lama teringin nak makan masak lemak dengan daun pegaga..



The Boy yang excited nauuuu...













 Adik aku cabut bulu..tu pun merungut sebab susah nak cabut..burung kecik sangat..last sekali dia buang semua kulit..nampak sangat bukan jenis penyabar..aku suruh dia tinggal biar aku yang buat..at last ayah aku yang cabut dan bersihkan semua..hahaha..









 Ayah aku yang sembelih burung tu..



Bihun Bujang lagikkk..wakakaka..

Aku kononnya nak berdiet...hahahaha...diet la sangat kan..sebab terasa macam lemak-lemak dah berkumpul di balik kulit diri ini..niat dihati nak kurangkan makan nasi..2 hari tak jamah nasi memang rasa lain macam..cepat pulak terasa lapa..hahaha..amikkk kauuuu nak diet sangat kan..semalam aku masak bihun goreng..bukan versi diet..tapi versi melantak..bila tengok banyak lagi barang-barang dalam peti ais tu tak masak kang expired pulak nanti..nak tak nak aku kena la abiskan dulu..abaikan la dulu niat diet...lagipun bukan kategori terdesak sangat nak berdiet...hahaha..



Masa tengah drive nak balik rumah tu terasa lapar sesangat..penangan tak jamah nasi la tu..Sejak-sejak geng dengan orang yang suka bawak makanan datang opis ni..terasa la macam berat dah makin naik..nak tolak pelawaan orang tak sampai hati..nak tak nak makan la jugak..lagipun nampak sedap je kan..nafsu pun membuak-buak la..Itu yang mula pasang niat nak diet..alkisahnya..
muahahahaha..


Ada lagi ayam bersalut tepung kat dalam peti ais tu..so aku goreng jela buat makan dengan bihun..sorang je kat rumah..sesimple mungkin jela nak isi perut aku ni..


 Resepi masak bihun goreng ni sama je dengan resepi sebelum ni..cuma aku tak letak sayur je..
Cuma korang boleh pelbagai kan la..Meh aku share dengan korang bagi yang belum tahu..

BIHUN GORENG 
Bahan-bahan:
Bihun ~ 1 bungkus (direndam dengan air untuk lembutkan bihun)
Cili padi ~ 10 tangkai (ditumbuk)
Bawang merah ~ 5 biji (ditumbuk)
Bawang putih ~ 4 ulas (ditumbuk)
Sosej ~ 5 batang (dihiris serong ikut citarasa korang)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa
Sedikit air


Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Tumis sehingga bawang kekuningan.
2. Masukkan sosej dan masukkan sedikit air. Tunggu sehingga mendidih.Tambahkan garam dan serbuk perasa.
3. Kemudian masukkan bihun dan kacau rata. Kalau korang nak masukkan sayur boleh juga ikut citarasa korang la ye. Goreng sehingga bihun masak. 
4. Kalau ada ayam boleh goreng untuk makan bersama dengan bihun. Goreng telur mata pon sedap jugak.

Simple je kan..kalau malas macam aku boleh la masak macam ni..aku lebih suka masak macam ni..tak payah nak blend cili kering. dapur pun bersih takda percikan dari cili kering tu..tapi kalau korang nak guna cili kering pon boleh..tak perlu masukkan cili padi..









Monday, 26 September 2016

Kita Bakar-bakar..ahakssss..

Tinggal beberapa hari je lagi untuk aku balik kampung..kepala ni macam-macam dok fikir untuk settlekan satu persatu kerja..sebelum bercuti kena settlekan kerja baru la tenang sikit kepala otak ni..dapat bercuti dengan aman damai..atas alasan itu jugak la aku tak dapat nak update entri..busy..busy..n busy untuk beberapa hari yang tinggal ni..

Dikesempatan yang ada ni aku nak share kisah-kisah yang berlaku minggu ni..bermula dengan projek untuk buat dodol..macam biasa la kena buat meeting sket kan...bincang nak buat hari apa,barang apa nak beli..sape yang nak ambil kayu..seminggu sebelum buat dodol dah kelam kabut dah..macam-macam barang nak prepare..bila ramai yang balik kampung macam biasa la..Mr. H suka beli lauk banyak dan mintak mak dia masakkan..orang jarang dapat merasa air tangan mak katakan..makan-makan sambil bincang tentang projek dodol..tiap kali nak raya MIL mesti nak buat dodol..dah macam habit dia pulak..
Sementara geng lelaki berbincang..kami yang gegurl ni sibuk di dapur..Mr. H kalau nampak ikan jaket a.k.a ikan cencaru ni memang dia macam orang gian..suka sangat..kalau yang besar jela..kecik-kecik dia tak suka..menu dia sama je kalau untuk ikan jaket ni..bakar dan cicah dengan air asam..


IKAN CENCARU BAKAR
Bahan-bahan:
5 ekor ikan jaket bersaiz besar
Kunyit hidup ~ 7 inci @ secukupnya (dikisar)
Serai ~ 3 batang (dikisar)
Bawang merah ~ 5 biji (dikisar)
Bawang putih ~ 3 ulas (dikisar)
Garam ~ secukupnya
Serbuk perasa ~ sedikit sahaja

Cara-cara:



1. Belah ikan jaket di bahagian belakang. Kalau tak tahu boleh tengok pada gambar di atas. Cuci bersih dan lumurkan dengan bahan-bahan yang dikisar bersama garam dan serbuk perasa.



Ni rupa bahan-bahan yang telah dikisar tu..



2. Perap ikan lebih kurang setengah jam sebelum dibakar di atas bara api atau di dalam oven pun boleh.

AIR ASAM
Bahan-bahan:
Bawang merah ~ 5 biji (dihiris halus)
Cili Padi ~ 8 tangkai (kalau nak lagi pedas boleh tambah ~ ditumbuk)
Asam jawa ~ secukupnya (ditambah air dan kacau dibuang biji ~ air asam biar pekat sedikit)

Campurkan semua bahan-bahan dan kacau rata.
Sedia di hidang bersama ikan bakar.



Untuk menu kedua pula ikan sembilang masak lemak cili padi. Peberet Mr. H juga..


Masak Lemak Cili Padi ~ Ikan Sembilang Salai
Bahan-bahan:
Ikan sembilang ~ 5 ekor (dicuci bersih)
Serbuk kunyit ~ secukupnya
Garam ~ secukupnya
Santan ~ 1 biji kelapa (kalau guna santan kotak 1 kotak cukup)
Cili padi ~ secukupnya ikut citarasa pedas yang korang nak
kunyit hidup ~ secukupnya (dikisar)
Daun gelugor ~ dihiris halus macam nak buat bunga rampai
Serbuk perasa

Cara-caranya:
1. Cuci ikan sembilang sebersihnya dan perap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Salai dia atas bara api atau menggunakan oven. 
2. Masukkan daun gelugur di dalam periuk kecil untuk celurkan sekejap dengan air panas. Kemudian sejatkan.
3. Masukkan santan, cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar ke dalam kuali. Aku selesa guna kuali sebab senang nak kacau. Masukkan garam, serbuk perasa dan kacau supaya santan tidak berketul-ketul. Masak sehingga kuah kelihatan pekat sedikit dan masukkan daun gelugur tadi. Kemudian masukkan ikan yang telah disalai..kacau sekejap dan jangan terlalu kuat takut ikan hancur. Ikan dah siap masak sedia untuk dihidang.

Aku lupa nak ambil gambar yang dah siap masak. Tengah makan malas nak snap pegang tepon bagai..hilang feel nanti..hahahaha...

SELAMAT MENCUBA..!!!