Monday, 29 February 2016

Pelik je..

Makin hari makin pelik tekak ni..rasa nak makan itu la ini la..tapi tak jugak dapat makan...makan malam tadi kari ayam je pon..macam-macam yang terbayang nak makan..yang aku penah masak sebelum ni la..

 Ikan patin masak tempoyak..

 Ikan sembilang masak lemak cili padi

 Tom yam ayam..

Ikan singgang..atau masak pindang..

Balik keje tadi aku pegi je beli bahan-bahan nak masak laksa..tapi bila sampai rumah aku jadi malas sangat...hahaha...
Mungkin penat sangat kot..sebelum pegi beli bahan-bahan tu aku pegi beli kain dulu untuk bagi hadiah kat MIL...esok hari jadi dia..lambat la sikit aku sampai rumah..

Sunday, 28 February 2016

Lain yang kempunan lain yang makan..

Dari semalam lagik mood nak makan aku terbantut..sebabnya makan apa pun takda rasa..semalam MIL masak lemak bayam pon aku tak makan..padahal kalau makan dengan ikan goreng sedap tuuu...aku pulak takda selera..dalam pada takda selera pon dek kerana demam, aku tolong jugak buatkan sambal belacan..
Malam baru aku makan nasi dengan sambal belacan tu..tu pon tak banyak..sekadar alas perot sebab nak telan ubat..
Hari ni pon sama..langsung tak masak..tapi alhamdulillah jiran bagi rendang ayam..pulang kan bekas kami bagi rendang jugak dulu..bezanya kami bagi rendang n9..dorang bagi rendang hitam..nama yang lebih elok aku tak pasti..hahahaha...

Aku baru lepas makan malam menikmati rendang tu..tapi dek kerana tekak camni..aku makan rendang dengan tempoyak dan jugak petai muda..nak bagi selera makan..kalau tak makan gigil badan..

Sambil makan dok berangan...kalau ada masak lemak ayam campo nangka kan best...hahahaha...memang dasar tak bersyukur kan!!!...hahahahaha...

Gambo ni aku tayang...moga-moga hilang kempunan tu...kahkahkah...



Saturday, 27 February 2016

Karipap last minit..

Tengahari tadi MIL cakap taknak meniaga sebab dia tak larat..badan lenguh-lenguh..yela hari-hari meniaga memang la penat..takda rehat..so aku pon takda la prepare barang-barang nak meniaga tu..
Tup-tup dengo fil mesin kelapa..aikkkk...
Aku pon tanya la MIL sekali lagik..bukak kedai ke tak?
Katanya fil cakap kedai banyak tak bukak hari ni..dia suruh bukak..kalau ikotkan hati aku..kesian la dekat MIL tu..lantak la dorang lakik bini..hahaha...tugas aku tolong dah la..

MIL cakap takda apa nak buat untuk jual..aku pon tolong buatkan karipap..
Sebenarnya tak pandai pon..tapi yakinkan diri boleh buat...hahaha..confident la sangat...
Intinya memang MIL dah buat semalam disimpan dalam peti ais..
Aku cuma buat kulitnya jela..


Jangan ditanya resepinya ye..sebab aku main agak-agak je..hahahak..yang penting menjadi dan ranyup...

Jadila kueh untuk dijual kat stall ni..bukan karipap je menunya..pisang goreng,cucur sayur,kuih kasturi,donut,kuih talam..menu tukar-tukar la..sama je kang muak pulak orang..hahaha..air memang tak tukar..minuman panas,abc dan cendol..


Semua settle..

Assalamualaikum...selamat petang uolssss..dah masak ke korang?hari ni aku baru basuh kasut anak aku..memang betol-betol lupa..sepatutnya semalam lagi kena basuh..nasib baik la hari ni panas terik..siap basuh aku masok mesin basuh terus spin..lepas tu terus jemur..aku terus letak atas kete..kejap je kering..
Settle masalah..hahaha..uniform sekolah aku dah siap gosok..dengan uniform-uniform aku pon dah settle..

Baru 4 tahun pon nak kasut macam budak sekolah rendah...
Petang-petang ni aku menolong MIL kat stall..ni dah hujan...alhamdulillah..sejuk sikit..



Semalam berpanas..hari ni baru merasa..

Hari ni aku rasa tak larat sangat..lemah seluruh badan..demam kah???
Sepatutnya semalam aku cuti sebab nak pergi mesyuarat dekat sekolah the boy..mula-mula mr husband cakap dia yang nak pergi so dia suruh aku keje je..macam biasa la pagi-pagi lagi aku dah bangun nak pergi keje..
Elok-elok aku tengah keje MIL pulak cakap dalam surat tu the boy kena hias cupcake dengan ibu bapa..katanya kalau mr husband yang pergi mana tahu nak hias menghias ni..so terpaksa la aku mintak izin dengan bos nak balik..nasib baik mood bos ok..dia bagi aku balik..tapi kene isi borang sekali lagik..

Terkejar-kejar aku dari melaka nak balik rumah..dahla semalam panas terik..dengan bedesupnya aku tekan pedal minyak tu..takut tak sempat..



Pukul 2.15pm aku sampai rumah..mesyuarat mula pukul 2.30...dengan the boy yang belom siap lagik..2.40pm baru aku gerak ke tadika tu..nasib baik dekat je dengan rumah..masih ramai lagi yang belom sampai..kata mesyuarat 2.30pm..macam biasa la takkan mula tepat pada masanya..dengan vvip pon belom sampai..masuk-masuk dewan mak-mak tengah berkumpul..macam berpuak-puak pon ada..aku malas nak join dorang walaupon ada yang panggil ke group dorang..aku tak suka kalau setakat panggil lepas tu nak bergosip bagai...memang tak la..baik aku bawak diri..hahaha..pukul 3pm baru la bermula..lantik pengerusi dan bla bla bla...tu pon vvip belom sampai...dah la panas...makin panas ati la aku..dah siap sesi lantik melantik baru la muncul vvip..huhhhh..memang dari azali lagik jadi trend camtu...tengah-tengah dengar beliau berucap mr husband pon datang..elok jugak dapat la melayan the boy..sebab the boy dengan bapaknya dia dengar cakap sikit..kalau dengan aku...buat aku naik darah ke kepala ada la..



Tu pon dia datang-datang dekat aku ajak balik..aihhhh budak ni..bukan boley lama menunggu...






Sementara menunggu vvip abis berucap mr husband dengan the boy dalam kelas tengah hias cupcake..aku ingatkan lepas dorang berucap baru hias cupcake..rupe-rupenya sekali jalan..nasib baik mr husband pon datang..boley la dia tengokkan the boy hias tu..



Hias ke main campak-campak je ni...ade 3 cupcake..1 je yang die letak krim..aku rasa dia geli dengan krim tu..penggeli amek...


Mungkin sebab semalam lama kena panas kot aku merasa hari ni..terus demam..tapi aku gagahkan juga menaip sebab tak nak simpan gamba-gamba ni lama-lama dalam tepon..hahaha...

The boy pon selesema makin teruk..nak bagi makan ubat tak nak..bertambah-tambah teruk la jadinya..


 


Korang layan la gamba-gamba yang aku snap ni..aku nak menaip lagi dah tak larat dah..

Tadika ni ada 2 bangunan kira 2 kelas la..ramai sangat budaknya..
Laman permainan pon luas..






Friday, 26 February 2016

Menu tengahari..

Mesti dah ada yang masok dapor dari tadi lagik kan..apa menu korang hari ni?aku sampai dah takda idea lagi nak masak apa..tengok apa bahan yang ada terus jalan..kang dipikir-pikir tak masak-masak jugak..ye dok..
Aku nak share menu ni..yang dipanggil rendang n9..dah seminggu terperap dalam tepon ni..baru hari ni dapat share dengan korang..hehehe..bagi yang tengah pening pikir nak masak apa tu boleh la cuba..simple je resepinya..


Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor ~ dipotong dan dicuci bersih kemudian sejatkan
Kelapa ~ 2 biji
Serai ~ 3 batang dititik
Kerisik - 1 sb
Cili padi ~ ikut kepedasan yang korang suka
Kunyit hidup

Cara-caranya:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong dan disejat tadi ke dalam kuali besar. Saya guna kuali sebab senang nak kacau.
3. Masukkan serai dan cili padi yang dikisar bersama kunyit hidup. Gaulkan biar sekata sehingga air dari ayam kering.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi. Kalau guna santan kotak borang boleh campo dengan sedikit air. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Kacau sehingga kuah agak pekat dan kemudian masukkan kerisik. Kecilkan api dan kacau sehingga kering.
6. Dah siap boleh la dihidang makan dengan nasi putih. Nak makan dengan pulut atau ketupat nasi pon boleh.

Thursday, 25 February 2016

Post Yang Syahdu..

Salam jumaat semua..moga hari ni lebih baik dari semalam..moga memberi sinar baru dalam hidup kita..moga lebih tenang dalam apa jua keadaan..bahagia tu datang bila jiwa tenang..
Beberapa hari kebelakangan ni aku agak stress..tapi aku cuba lupakan apa yang terjadi..cuba untuk lebih relax..cuba untuk memaafkan orang..cuba untuk mengawal emosi yang terganggu ni..
seolah-olah tidak ada apa yang terjadi..cuba untuk senyum menyembunyikan apa yang terbuku di hati..namun aku juga manusia biasa..terkadang tewas..lemah dalam memujuk diri untuk jadi lebih kuat..namun ada suara dari dalam yang mengetuk hati ini untuk menerima ujian ini dengan tabah..
sabar itu berat untuk dilahirkan..yang pasti akan hadir sesuatu yang manis selepasnya..tapi tak ramai yang mampu untuk bersabar..begitu juga la aku.. 
namun tetap berdoa semoga diberi kekuatan dan aku mampu mengharunginya dengan tenang..
aku redha dengan ujianMu ini Ya Allah..

Sebelum mata ni berkaca kita tukar topik ye...:-)
Masa tengah mengemas rumah aku rasa macam sunyi je...mana la the boy pergi..risau jugak..
aku tengok kat laman rumah..dia dekat garaj rupanya..melayan 3 ekor anak kucing..
dia ambik gayung buat letak anak kucing kat dalam tu..lepas tu dia ikat gayung tu konon nak tarik gayung bawak kucing macam kereta la gamaknya..
aihhhh..kelakau lak tengok..lupa nak rakam..kalau tak boleh tayang kat korang..hahaha..
aku sempat snap gambo ank kucing yang kiutttt ni...


Comel tak????
Geram aku tengok..


Cakkkk..!!!!





Baru Nak Cuba


Selamat malam korang..dah makan ke belom???mesti ada yang tengah layan novel kan..atau pon baru lepas solat terus sambung mengaji..apa pon yang korang buat mudah mudahan diberkati oleh Allah..
Aku sebenarnya sambil menaip kat ruangan ni sambil baring..sebab kepenatan balik dari kerja tadi mengemas..rutin biasa seorang isteri..hari-hari buat benda yang sama je..tak buat kang sape nak kemas semua tu..tambah pulak the boy dah main toys tinggalkan camtu je..lain la kalau rumah ada maid..hehehehe..belom mampu nak upah maid katakan..

Semalam aku bagitau the boy semput kan..time lunch siang tadi aku keluar sekejap pergi cari susu kambing wildan tu..kawan aku cakap budak semput elok minum susu kambing..lagipon susu kambing kan minuman sunnah..banyak khasiatnya..aku nak cuba la bagi the boy minum..mudah mudahan semput dia boleh elok..dia kan liat nak makan ubat dari klinik tu..berperang nak kasik ubat..
Aku beli yang berperisa coklat..harap-harap dia minum la..





Aku baru nak cuba bagi malam ni..nak tengok perkembangan dia macam mana lepas minum susu ni..



Aku beli yang 500gm dulu..kalau dia nak minum nanti boleh beli lagi..susu kambing wildan ni dah ramai yang tau rasanya..elok untuk ibu mengandung..kanak-kanak 1 tahun ke atas dan dewasa..

Nanti aku akan kongsikan apa perubahan pada the boy selepas minum susu kambing wildan ni..


Wednesday, 24 February 2016

Semput lagik..

Dari kecik sampai sekarang the boy masih lagi semput..kalau dia selesema confirm akan semput..hari ahad lepas dia ikut papa dia pergi mancing..tengah-tengah panas terik tu minum pulak air bergas..

Malam tu dia dah mula berair hidung..
Badan pon dah panas..esoknya bertambah-tambah dengan batuk pulak..
Aku kena la ambik cuti sebab nak bawak dia pergi klinik..
Masa bawak jumpa doktor dia tak demam..tapi batuk-batuk..
Doctor suruh kasi neb..


Kalau mula-mula neb dia ok jer..cool jela..tapi kalau berkali-kali nak kena neb dia mula la buat perangai..nasib baik kali ni sekali je..pastu doktor bagi ubat minum jela..


Ada orang cakap kalau masa kecik semput nanti dah besar takde lagik..betol ke??
Aku tak tau nak kasi dia makan apa untuk hilangkan semput tu...takkan nak harapkan ubat dari klinik jer...tapi still berulang lagik..

Ada yang suggest bagi susu kambing..aku ingat nak try jugak la..mana la tau dengan izin Allah menjadi..kesian tengok dia bila semput asyik tercungap-cungap nak bernafas..


Tuesday, 23 February 2016

Kawan Opis Gajin

Hari ni aku sampai sharp..8.15am..bukak-bukak pintu opis...nampak akak kat opis ni bawak makanan...dah ada budak site yang sedang kusyuk menikmati santapan pagi..menunya bubur pulut itam...uikhhhh...Gajin bebenor..pukol berapa la dia bangun pagi..kalau aku ikot mood la nak bangun pagi-pagi buta tu...hahahaha...dah la perjalanan aku jaoh dari staff lain..idok lerr..


Aku pon join sama menikmati bubur pulut itam tu...fulamakkkkkkk...memang sedap....terbaik kauuu..
 Rezeki kami hari ni..akak ni memang gajin sokmo...selalu la dia bawak makanan kat opis...kadang-kadang kami plan awal-awal nak masak apa..masing-masing bawak macam-macam makanan..makan ramai-ramai seronok kan...

Aku pon pernah buat bubur pulut hitam ni..tapi saje je aku tanya resepi dia..dari apa yang dia bagi tau..sama je dengan cara aku buat..

Meh aku share dengan korang macam mana nak buat..ramai yang tau rasanya..simple je..bahan-bahan pon tak banyak..

Bahan-bahan:
Pulut hitam - dua peket dalam 500gm
Santan - 1 1/2 kotak besar ~ santan kara
Gula melaka - nak manis boleh tambah
Sedikit garam
Daun pandan
Air secukupnya

Cara-cara:
1. Bersihkan pulut hitam kemudian masukkan didalam periuk dan didihkan sehingga pulut menjadi kembang.
2. Masukkan santan, daun pandan, garam dan gula melaka. Kacau perlahan-lahan.
3. Kalau nak lebih manis boleh tambahkan gula melaka. Bila dah masak boleh dihidang.

Selamat mencuba ya..

Monday, 22 February 2016

Kotakan janji..

Selamat malam semua..ada yang dah tido ker..aku pon dah ngantok jugak ni..the boy dah lena..arini dia kena selesema dan jugak demam..aku nak bagi makan ubat dia tak nak..aku bagi madu sebab dia batuk jugak..katanya penat la nak tdo..macam orang buat keje berat pulak..

Berbalik pada niat asal aku ok..macam yang aku janjikan siang tadi..nak update pasal tukar kasut kereta..balik kerja tadi aku terus pergi tanya kedai dekat area opis je dulu..survey harga la dulu kan..lepas tu call mr husband mintak pendapat..katanya tengok kat gemencheh pulak..
So aku terus jela bawak kereta dengan agak berhemah disebabkan tayar yang dah menonjol botak tu..
Nasib baik kedai yang dituju bukak lagi..
Dengan cuaca yang agak panas tekak agak kering..dah la aku puasa..mencabar iman jugak..disebabkan tak nak berlengah lagi aku terus je tukar yang baru..sebab bila bandingkan harga kat melaka dengan kedai ni lebih kurang je..kat sini tak kena charge gst..ok la sket..lagi pon tolong kedai melayu..bila lagi nak tolong bangsa sendiri..
Sebelum ni adik ipar aku pon pernah tukar tayar jugak kat kedai ni..servis ok jer..tu yang dia rekemen kan kat sini..


Servis cepat jugak..aku tak payah nak tunggu lama..



Kalau dah rezeki..

Dapat la merase dominos ni..orang bagik..pe lagik..makan aje..rezeki jangan ditolak..betol x..


Terima kasih kerana memberi...ahakssss..

Air terjun miku..

First time sampai tempat ni bersih je kawasan keliling...datang this time dah banyak sampah pulak..terbiar dan takda orang yang jaga kebersihan..sayangnya la haiii..patutnya air terjun ni dijaga dengan baik untuk tarik pelancong datang..air dia sejuk sangat..tempat salin pakaian a.k.a tandas pon dah penuh semak samun..takut nak pergi situ..kita orang tukar dalam kete je..



Kedudukannya di tepi jalan senang nak bawak family pergi beriadah..dari gemencheh dalam 45minit perjalanan...cuma jalannya kiri kanan hutan la..
Ni kali ke 2 aku pergi bawak the boy..bawak dia main air..budak biasa la..memang suka main air..kalau korang pergi dengan family selamat la..kalau setakat berdua bertiga tu agak takut jugak..sebab tak ramai orang yang pergi situ..
masa kita orang mandi manda tu geng-geng mat rempit yang datang..nasib baik kejap je dorang dok kat situ..seriauuu jugak la kan...sebab takda lelaki yang sado untuk menjaga keselamatan kami..





Aku harap sangat ada pihak yang ambil perhatian dan menjaga kebersihan air terjun miku ni..kalau dijaga dengan baik aku yakin pada masa akan datang akan menjadi satu tarikan pelancong..

Sunday, 21 February 2016

Pakej cuci dan tukar terus..


Hari ni panas terikkkkkk..kalau ikutkan hati aku taknak keluar..tapi memandangkan ci cinta hati dah lama tak cuci...kena la bawak pergi carwash..lama tak cuci sebab hujan panas hujan panas je..kalau aku cuci rugi...hahahahaha..perjalanan aku balik rumah jaoh..kang kalau hujan kotor balik la jawabnya..hari ni cuaca diramalkan agak baik dengan panas terik tu so aku bawak la dia mandi air buih..ahaksss..harap harap takda la hujan petang ni..kang ade lori lak yang menyapa manje sambil tempiaskan air lopak..
tu buat aku mood ke laut terussss..
penat-penat aku melabur untuk cuci tup-tup..dapat sapaan maut..hikhikhik..


Dah siap cuci nampak tayar punye dawai belah dalam...alamakkkkkk dia mintak tukar kasut pulak....ingat nak survey-survey dulu..dah nampak camtu aku tukar plan kena bawak tukar kasut baru terussss...maybe petang ni lepas balik keje aku terus pergi la...kalau takda aral la..kalau tak esok ke lusa..tapi takut2 jugak nak bawak sebab kebotakannya dah menonjol...

Kubang Gajah

Dah lama sebenarnya kami pergi ke sini..
MIL yang teringin benar nak bawak anak cucu dia pergi berjalan..so kami layankan aje..
Kubang Gajah ni terletak di temerloh..dekat dengan kedai makan Ikan Patin Gebang..
rasanya ramai yang dah tahu tempat ni..
bawak budak-budak seronok la dorang dapat main air..


Kami bertolak dari kemayan..rumah ipar yang baru kahwin tu..so dekat jela dalam 45 minit..
Kalau dari Gemencheh mau kematu jugak..hahaha..
ok la kat sini harga tiket pon murah..
boleh main dari pagi sampai ke petang..
kalau tak silap dari kol 10 pagi sampi 7 petang..boleh bawak makanan masuk dalam..
pergi 1 family ramai-ramai boleh masak makanan dari rumah..
kang beli kat dalam tu dah mahal pulak..bilik persalinan pon selesa la jugak..
berbaloi la datang sini..kolam dia pon ada untuk kanak-kanak dan dewasa..dari segi keselamatan tu ok la..



Kalau nak cop tempat korang kena pergi awal la..sebab kalau hari minggu memang orang ramai sangat..tambah pulak hari cuti perayaan..kita orang sampai tengah hari pon nak kena tunggu nak cop tempat..

The Boy ada kawan lagi la seronok kemain..sampai ajak balik pon tak nak..hahaha..









Lama jugak kita orang melayan anak-anak kat sini..sampai tak nak balik..jenuh sesi pujuk memujuk pulak..
Kami balik rumah terus petang tu, tak larat nak singgah memana lagik..anak-anak pon dah penat lagi macam-macam kerenah..

Kalau korang nak cari tempat nak bawak family jalan-jalan sambil bawak anak-anak tu aku cadangkan ni salah satu tempatnya..berbaloi..nak makan best pon dah dekat dengan tempat ni..temerloh kan femesss dengan ikan patin masak tempoyak...

selamat bercuti-cuti la korang yer...

Bagi Semangat..

Assalamualaikum semua..
Aku nak share story dekat korg pasal the boy..dia tengah ada mood nak belajar..kalau cakap kat dia ambil buku buat homework dia akan ambil buku dengan senang..takda nak ngelat macam dulu..walaupun umur baru 3 tahun setengah, aku nak dia belajar awal sebab nanti dah masuk darjah 1 senang..kalau sekolah awal nanti masuk darjah 1 dah boleh berdikari..senang bergaul dengan budak-budak lain..Alhamdulillah tahun ni dah tahun ke 2 dia sekolah..
memandangkan dia bersemangat aku pon kena la cari sesuatu yang boleh menarik minat dia lagi..sebelum ni kalau nak menulis dia suka meniarap je..tapi aku kesian pulak tengok..semalam aku pergi antar anak buah masok hostel kat jasin...alang-alang dah keluar aku pergi family store nak cari meja tu..dah lama sebenarnya aku cari meja tu..kat town melaka mahal harganya..semalam aku dapat setengah harga dari harga kat tempat aku tengok kebanyakan kedai area town melaka...
So apa lagi..aku terus beli jela...suka la dia semalam dapat meja tulis..
malam tadi dia sendiri ambil beg sekolah bukak buku menulis atas meja tu..





Anak-anak ni nak benda-benda yang boleh menarik perhatian dia baru dia bersemangat  sikit..
Kalau bab untuk belajar aku tak kisah dia minta apa pon..tapi kalau toys je aku malas nak layan..aku pulak akan cari jalan untuk ngelat dari beli benda-benda tu...hahahahaha..
Tapi kalau dengan papa dia..semua benda anak mintak dia belikan..terlalu dimanjakan..
kadang-kadang aku angin jugak..sebab dia beli kejap je the boy main pon..lepas tu dia letak je dalam bakul mainan dia tu..tak berbaloi beli mahal-mahal tapi kejap je main..tak pon jahanam..

Thursday, 18 February 2016

Jamuan Doa Selamat

Assalamualaikum uolsss..
Selamat pagi..arini seperti biasa kat opis buat bacaan yassin..tapi arini berbeza sedikit la..sebab buat doa selamat untuk salah seorang staff  yang akan pergi umrah pada minggu hadapan..Jamuan baru je selesai..Aku doakan tuan punya badan selamat sampai dan pergi..moga dapat menjalankan ibadat di sana dengan lancar..insyaAllah...So berbalik pada jamuan arini..selalunya yang akan bawak makanan ikut turn..turn aku dah lepas..2 minggu lepas..aku bawak nasi dagang jer..tak dapat nak tayang kat sini sebabnya aku lupa nak snap..
Arini punya menu kami cuma order nasi ayam dan 3 jenis kueh je..menu tambahan cuma bihun goreng dan tembikai..tak payah banyak-banyak nanti tak abis pulak..setakat nak jamu bos-bos,mak ayah bos dan staff jer..
Sibuk siapkan makanan, aku lupa nak snap gambo makanan...
elok jugak..nanti korang terliur, aku jugak dapat dosa free...hehehehehe...


Yang dapat aku tayang gambo kami berwefiee jer..
moga kamu semua tidak termuntah la yer...hahahaha..

Yang nak pergi umrah gadis yang berbaju biru cair ituuu..






Kali ni adalah kali ke 3 pihak syarikat menghantar staff mengerjakan umrah..Yang paling lama berkhidmat dengan syarikat akan pergi dulu..turn aku belom tau bila lagi...aku baru nak masok 7 tahun..baru lagikkk...pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu..insyaAllah giliran aku akan tiba..kalau bukan syarikat yang sponsor mungkin hasil dari diri sendiri..Aminnnn..










Ni pulak gamba makanan yang siap dikemas setelah sudah menjamu perot...alhamdulillah...rezeki pagi jumaat ni..





Apa-apa pon aku sentiasa berdoa semoga aku pon dapat menjejakkan kaki dan menjadi tetamu Allah ke sana nanti..korang doakan jugak ok..