Dari semalam lagik mood nak makan aku terbantut..sebabnya makan apa pun takda rasa..semalam MIL masak lemak bayam pon aku tak makan..padahal kalau makan dengan ikan goreng sedap tuuu...aku pulak takda selera..dalam pada takda selera pon dek kerana demam, aku tolong jugak buatkan sambal belacan..
Malam baru aku makan nasi dengan sambal belacan tu..tu pon tak banyak..sekadar alas perot sebab nak telan ubat..
Hari ni pon sama..langsung tak masak..tapi alhamdulillah jiran bagi rendang ayam..pulang kan bekas kami bagi rendang jugak dulu..bezanya kami bagi rendang n9..dorang bagi rendang hitam..nama yang lebih elok aku tak pasti..hahahaha...
Aku baru lepas makan malam menikmati rendang tu..tapi dek kerana tekak camni..aku makan rendang dengan tempoyak dan jugak petai muda..nak bagi selera makan..kalau tak makan gigil badan..
Sambil makan dok berangan...kalau ada masak lemak ayam campo nangka kan best...hahahaha...memang dasar tak bersyukur kan!!!...hahahahaha...
Gambo ni aku tayang...moga-moga hilang kempunan tu...kahkahkah...
No comments:
Post a Comment