First time sampai tempat ni bersih je kawasan keliling...datang this time dah banyak sampah pulak..terbiar dan takda orang yang jaga kebersihan..sayangnya la haiii..patutnya air terjun ni dijaga dengan baik untuk tarik pelancong datang..air dia sejuk sangat..tempat salin pakaian a.k.a tandas pon dah penuh semak samun..takut nak pergi situ..kita orang tukar dalam kete je..
Kedudukannya di tepi jalan senang nak bawak family pergi beriadah..dari gemencheh dalam 45minit perjalanan...cuma jalannya kiri kanan hutan la..
Ni kali ke 2 aku pergi bawak the boy..bawak dia main air..budak biasa la..memang suka main air..kalau korang pergi dengan family selamat la..kalau setakat berdua bertiga tu agak takut jugak..sebab tak ramai orang yang pergi situ..
masa kita orang mandi manda tu geng-geng mat rempit yang datang..nasib baik kejap je dorang dok kat situ..seriauuu jugak la kan...sebab takda lelaki yang sado untuk menjaga keselamatan kami..
Aku harap sangat ada pihak yang ambil perhatian dan menjaga kebersihan air terjun miku ni..kalau dijaga dengan baik aku yakin pada masa akan datang akan menjadi satu tarikan pelancong..
No comments:
Post a Comment