Thursday, 25 February 2016

Post Yang Syahdu..

Salam jumaat semua..moga hari ni lebih baik dari semalam..moga memberi sinar baru dalam hidup kita..moga lebih tenang dalam apa jua keadaan..bahagia tu datang bila jiwa tenang..
Beberapa hari kebelakangan ni aku agak stress..tapi aku cuba lupakan apa yang terjadi..cuba untuk lebih relax..cuba untuk memaafkan orang..cuba untuk mengawal emosi yang terganggu ni..
seolah-olah tidak ada apa yang terjadi..cuba untuk senyum menyembunyikan apa yang terbuku di hati..namun aku juga manusia biasa..terkadang tewas..lemah dalam memujuk diri untuk jadi lebih kuat..namun ada suara dari dalam yang mengetuk hati ini untuk menerima ujian ini dengan tabah..
sabar itu berat untuk dilahirkan..yang pasti akan hadir sesuatu yang manis selepasnya..tapi tak ramai yang mampu untuk bersabar..begitu juga la aku.. 
namun tetap berdoa semoga diberi kekuatan dan aku mampu mengharunginya dengan tenang..
aku redha dengan ujianMu ini Ya Allah..

Sebelum mata ni berkaca kita tukar topik ye...:-)
Masa tengah mengemas rumah aku rasa macam sunyi je...mana la the boy pergi..risau jugak..
aku tengok kat laman rumah..dia dekat garaj rupanya..melayan 3 ekor anak kucing..
dia ambik gayung buat letak anak kucing kat dalam tu..lepas tu dia ikat gayung tu konon nak tarik gayung bawak kucing macam kereta la gamaknya..
aihhhh..kelakau lak tengok..lupa nak rakam..kalau tak boleh tayang kat korang..hahaha..
aku sempat snap gambo ank kucing yang kiutttt ni...


Comel tak????
Geram aku tengok..


Cakkkk..!!!!





No comments:

Post a Comment