Thursday, 28 July 2016

I lap u la...

Pagi tadi punya cerita..Alhamdulillah..hakak yang bagi aku buah mangga semalam tu dia tapaukan aku sarapan pulak tadi..Allah..baiknya beliau..katanya pergi sarapan dekat windmill so dia tapaukan untuk aku sekali..terima kasih ye kak..i lap u lebih lahhhhh..
walaupun sandwich je tapi memang sedap ya amat..sandwich tuna kau..vege dia fresh..pendek kata sedap ahhh..
Bila la pulak trun aku nak belanja dia ni..kena la belanja dia pulak kan..takkan dia je nak bagi aku itu ini kan..tengahari tadi dia ajak aku lunch dengan dia dan jugak anak dia..lunch kat gerai dekat opis ni je..aku nak makan kenyang lagi la..sebab dah makan sandwich banyak sangat..aku cuma teman jela..




Makan sandwich dengan kopi jer..



Masa dok teman dorang makan tadi..makcik kat kedai tadi tanya hakak tu..dua-dua ni anak ke...fuhhhhhh...kembang kempis hidung aku..ni dah kali ke berapa entah orang tengok aku macam budak sekolah..hahahahaha..bangga woiiiii...lalalalala...lalalala...pergi beli pregnancy test pon orang pandang atas bawah..hakak tu agak hangin sedikit beliauuu..ditanya kat makcik tu nampak tua sangat ke saya ni??? muahahahaha..





Sengaja aku tayang gambar ni banyak-banyak..supaya korang terliuqqqq..kikiki..

















Setakat sandwich ni kalau terliuuuqqq korang buat la sendiri..sonang yooo...hahahaha..

Pulut yang dah lama tak makan

Semalam ai balik kampung..dari petang lakik dah cakap MIL masakkan ikan sembilang..pulut dan jugak sambal..bunyi pon dah sedappppp...
excited la ai balik rumah...hahahaha..ai memang balik nak makan jer...hahaha..bertuah punya menantu kan..muahahahaha..
Sampai je rumah perut pon dah kebuloqqq tahap gaban..aku pon tak sabar nak melantak..The Boy pulak belum makan dari pagi mertua cakap..so aku suapkan dia dulu..
lepas tu turn aku pulak la nak membalun..hahahaha..
Ada ikan sembilang goreng berlada..ikan cencaru bakar makan dengan air asam..sambal udang campur petai dan jugak pulut kuning..aku makan lupa pulak nak snap lauk tu sume..
yang aku makan last ni je yang aku sempat snap..



Dah lama tak makan pulut kuning dengan sambal..macam orang lepas gian bila dapat makan..hahahaha...sambal dia memang terbaikkk..ai terlebih la sukeeeee ya amatttttt...




        Malam tadi ai tido pon lambat sebab tunggu Mr Husband balik dari open house kat rumah kawan dia..balik-balik dia boleh cakap nak makan...alamakkkk..gi open house ke gi mane???????? kalau gi open house apesal balik rumah cari nasi lagik? bila di tanya katanya kat sana buat nasi impit dengan lemang je..satay takde...hmmm..katenya bukan open house sangat just makan-makan biasa je..patut la..perut dia tak jumpa nasik bole senggugut perut tu..hahaha...(dalam hati ni masih tak puas hati lagi ni dengan jawapan dia tuhhh..yeye je pegi open house tak makan..:-) )  hahahaha..besangka baik yolaaaaa...hahahaha...Bila dah hidang makanan untuk dia..aku tengok dia sedap je makan..aku pon ter....ambil jugak pinggan...tengok lauk tadi macam memanggil je selera aku...huhhhhh!!!!! dok kat kampung memang jahanam diet akuuuuu...waaaaaaaaaaaaaa....;-(

Wednesday, 27 July 2016

Rezeki hari ni..

Hari yang bosan jugak sebenarnya..datang opis bukan ada kerja pon..hari isnin hari tu jela ada kerja pon..cuma kerja kecik-kecik je..so kejap jela siap..sampai la hari ni aku masih datang kerja lenggang kangkung ..hahaha..hari-hari ngadap fb..ig..wc..blog..bos pulak tengah takde..hmmmm..
apa lagi kan..
tengah-tengah kusyuk dok mentelaah..akak opis ni datang bagi mangga..hmmmm..bau pon dah manis...dia memang suka sangat bagi aku makanan la..kadang barang la..moga Allah murahkan rezeki dia..

so balik kerja nanti aku boleh la balik kampung bawak mangga ni..kalau bawak balik rumah aku memang tak sentuh la jawabnya..alamatnya busuk camtu jer..



Jangan serik bagi lagi ye kak..terima kasih daun keladi..

Tuesday, 26 July 2016

Hari ni punya la liat nak bangun..sejuk je rasa pagi-pagi kat kampung..tambah lak aku tengah pacak bendera merah..hahahaha..kalau tak kena bangun solat subuh..Mr Husband balik rumah semalam..so aku kena la masak..balik kerja semalam lambat sikit..terkejar-kejar aku pergi beli barang-barang basah untuk masak..siap masak dekat pukul 9..aku tengok dia dah tertido kat ruang tamu..kesian dia tunggu aku masak..aku tau perut dia dah kebuloqqq..aku kejut la dia bangun makan..tengah-tengah makan tu dia ajak balik kampung malam tadi jugak..mungkin dia bosan kot..rumah sunyi je the boy takde..so lepas tu terus aku siap-siap balik kampung...vrooommmmmm...

Aku masak spesial sikit la sebab lakik balik kan..peberet dia masak lemak cili api la..tekak anak nogori katakan..
nak makan depan tv je katanya..so pinjam meja study the boy la kejap..hahahaha..









    Ayam masak kicap sepantas kilat..hahaha..masa tengah goreng ikan, lakik tanya masak apa..aku cakap la ikan masak lemak cili api dan ayam masak kicap..dia cakap banyaknya masak..aku tertanya-tanya..dia dah lapar sangat ke..so dengan pantas aku main campak-campak jela..


Masak lemak cili api ni aku campur dengan belimbing buluh..kebetulan masa kat kampung hari minggu hari tu aku ada ambil belimbing buluh..kalau masak lemak aku lebih suka tumbuk cili api dengan kunyit..sebab dah terbiasa dok kat kampung suami aku tu dorang selalu tumbuk..jarang sangat kisar..yang ni aku tumbuk tak lumat sangat tu yang ada nampak macam biji cili je dalam kuah masak lemak tu..kan nak cepat..main hentam jela..hahahaha..nasib baik lakik tak komplen..hihihi..



Aku suka sangat kalau masak guna belimbing buluh sebab ada lemak-lemak masam sikit..dulu kat kelantan tak pernah makan pon..tak pernah tengok mak aku masak pon guna belimbing buluh..

Sunday, 24 July 2016

Jamuan Raya

Aku rasa malas sangat nak datang kerja hari ni..pasal 3 hari bercuti la ni..
Hari jumaat hari tu aku cuti sebab kat tadika anak aku buat jamuan hari raya..
Nasib baik tak kena masak-masak bagai..cuma bagi kerepek-kerepek yang mana ada jela..lepas tu buatkan cendol..makanan lain cikgu dah sediakan..
Sebelum aku pergi jamuan tu aku kena la masak awal-awal..kang aku kenyang kat sana dorang kat rumah kelaparan pulak..hahahaha..MIL belum elok lagi demamnya..
Aku masak yang senang-senang jela..sebab nak cepat kan..nak buat cendol tu kena perah santan dan masak gula merah lagi..
Masa aku tengah jemur baju kat ampai..dengan bunyi bising kat dapur..sapa pulak kan yang ada kat dapur..setahu aku..aku je yang bangun pagi-pagi kat rumah tu..ipar duai dok ukir peta dunia lagi..
Tengok-tengok MIL dok masak gula merah..mak aiii larat ker nak buat keje kat dapo???
Lepas tu FIL pulak balik bawak kelapa..Dorang nak buat tu sume aku biakan jela..aku pon nak bersilat untuk masak pulak..






Aku masak asam pedas ikan jaket je a.k.a ikan cencaru..senang main campak-campak je..tak payah nak tunggu lama-lama..


So bila dah masak lauk aku..aku tolong MIL pulak..sesi sediakan santan untuk cendol..

Cuma perlu letak gula merah dan ais je yang ni..




Pagi-pagi tu The Boy pergi sekolah dulu..tema baju raya la kan..aku dah siapkan dia lepas tu nak atoknya jugak yang pergi hantar dia..dia bawakkan kerepek dulu ke sekolah..
Punya la susah nak suruh dia posing..muka sememeh jer..



Muka garang jer..tak bagi ambik gambar dia..

Ni je yang aku sempat snap masa kat tadika..The Boy tak nak bergambar..dia dok je dalam barisan dia tu..taknak bercakap..konon malu bila mak eh datang sekolah dia..


Kawan-kawan siap berlari-lari lagi..dia pasif sket..yang dia suka kawan tu pon perangai sama macam dia..diam jer..tengok je orang lain main itu ini..Tapi kat rumah pandai pulak bercerita kawan camtu la camni la..




Masa ambil makanan untuk makan tu barula dia nak datang kat aku..
Nak aku suapkan dia makan..
Haritu makanan tak banyak mana pon..ok la sebab tetamunya pon bukan ramai sangat..
Nasi tomato..lemang + rendang ayam..laksa kelantan..kuih raya..tu jela..
Semua makanan aku try..penuh perut baru boleh balik..hahaha..






Wednesday, 20 July 2016

Takde Selera..

Tengahari semalam aku dapat whatsapp dari ipar bagitau MIL kena masuk wad..
sebabnya demam..dari The Boy masuk wad haritu lagi masing-masing dah demam..lepas sorang..orang lain pulak yang demam..macam berjangkit je kan..
kali ni giliran MIL pulak..masa aku balik hari sabtu ahad haritu lagi dia dah demam..lakik aku siap belikan pampers untuk mak dia..sebab tak larat nak ke bilik air..
Isnin pagi aku gerak pergi kerja tengok dia macam biasa je..maybe sebab dia tengah tidur kot masa tu..terkejut jugak la bila ipar aku cakap MIL kena tahan wad..dari klinik kesihatan dah masukkan air..lepas tu dorang bawak ke hospital tampin pulak..
risau la jugak kan..
aku kena habiskan kerja aku dulu baru boleh ke sana..
aku fikir pukul 5 je aku terus balik kampung ingat nak tumpang ipar..
petang tu ipar aku dah siap-siap nak ke sana..dorang nak pergi awal..so aku tak dapat la tumpang..masa dorang on the way tu si adiknya bagitau MIL tak jadi masuk wad..dah boleh balik..
Alhamdulillah la kan..kalau kena tahan wad maknanya bulan ni je dah 3 orang masuk hospital yang sama..mula dengan The Boy..then ipar yang pregnant tu..lepas tu MIL..tapi Alhamdulillah  tak jadi..hehehe..

Balik kerja aku tak jadi balik ke kampung..tayar kereta aku dah botak..sebab tu nak tumpang ipar nak ke hospital..so tak berani nak jalan jauh..baru lepas raya nak tukar duit belum cukop..al maklumla baru lepas raya kan..kalau ikutkan aku baru lepas tukar tayar tu pada 22.02.2016..tayar baru okeyyy..cepatnya haussss tayar tu..maybe sebab dah berjalan jauh ke kluang lepas tukar tayar kot..sekarang dia mintak nyawa lagikkk...Maybe masa tukar tu tak buat aligment kot..yang paling teruk kat belah tepi je..Apa-apa pon tunggu aku cukup duit dulu la..nak tukar bukan 100 ke 200 ke..paling kurang 500 jugak..tu untuk tayar depan je..

Harap-harap MIL sembuh sepenuhnya la..dalam rumah tu tinggal sorang je lagi yang belum demam..FIL..kalau dia pon demam maknanya cukop la 1 family 1 anak beranak demam..hahaha..aku dah lepas da..




Sejak akhir-akhir ni ada banyak benda sebenarnya yang aku fikirkan..memang banyak termenung la boleh katakan..salah satu punca aku jadi malas nak masak kat rumah tu la..jadi takda mood sangat..
masuk dapur macam takda perasaan..sebab dok sorang pon puncanya jugak..rumah tu jadi sunyi jer..
aku balik rumah banyak lepak dalam bilik..kalau buat perangai tak senonoh mau aku makan pon kat dalam bilik..nasib baik waras lagikkk...hahaha..sejak-sejak itu jugak la aku dah kurang bersembang..tapi bab menaip susun ayat itu lajuuuu..hahaha..kat sini je pon nak asah bakat bebel entah pape kan..hahaha..

Dahla..aku malas nak menaip lagik....korang tengok jela gambo yang hadoooo ni..kikiki..
















Thursday, 14 July 2016

Petua orang dulu-dulu

Masa the boy teruk demam hari tu..batuk dia pon teruk..keluar hospital doktor bagi ubat..bila kat rumah dia menangis tak nak makan..kalau aku paksa je dia makan..tapi dengan bapaknya..tengok anak menangis dia tak nak bagi ubat..aku nak bagi anak cepat sihat..dia pulak ikut je ragam anak...aishkkkkkk..tu yang buat aku nak hempuk je dua beranak tu..

Dahla anak semput..kalau batuk-batuk je tapi tak pandai nak buang kahak tu yang buat semput..kebetulan MIL bawak mertua dia datang rumah..a.k.a nenek ak jugak la kan..nyeng kepada the boy..hahahaha..kami panggil dia we..walaupon umo dah dekat 80 tapi kuat lagi dia..masa aku pantang dulu dia la yang carikan akar kayu..
Hari tu dia tengok mamat batuk dia suruh ambil kapur makan then perahkan limau nipis nipis ke limau kasturi ke kacau sebati dengan kapur tu..jangan pekat sangat..jangan cair sangat..lepas tu sapu pada leher dan dada the boy..
Alhamdulillah la..malam tu lena the boy tidur..batuk pon kurang..



Korang pon boleh cuba la petua ni..kalau guna abu pon boleh..sama jugak perahkan limau kasturi dan kacau rata..sapu pada leher dan dada..tapi tapis dulu la abu tu..aku pon penah cuba guna..Alhamdulillah memang berkurang batuk tu..selain minum madu asli boleh guna petua ni untuk hilangkan batuk tu..kalau budak-budak elok pakaikan waktu malam waktu dorang tidur..kalau tak takut dorang tak selesa..

SELAMAT MENCUBA!!!

Salam jumaat

Assalamualaikum..
Selamat pagi semoga hari kita semua diberkati dan dirahmati Allah..semoga kita semua berada di dalam lindunganNya..
Hari jumaat ada banyak kelebihan..di sini aku share sikit dengan korang..mudah-mudahan dengan pembacaan korang dan diamalkan..kita sama-sama dapat pahala..

 Image from google


Image from google

Dalam pada mengamalkan sunnah nabi tu kita kena juga peka pada hubungan kita dengan kawan-kawan..kadang-kadang dah cantik amalkan sunnah..tapi dengan kawan tak bertegur sapa..bukan orang je kadang-kadang aku pon sama je..almaklum la..kita ni manusia..kawan cakap sampai mengecilkan hati kita terus kita tak tegur kawan kita tu..terutamanya yang kerja di office..lebih-lebih lagi perempuan..kita cuba jela maafkan dia..mudah-mudahan dia pon sedar..kalau dua-dua ego tak memberi apa-apa manfaat pon..betoiii dok???

Bukan dengan kawan je..dengan mak ayah kita lebih-lebih lagi..ada tak kita call tanya khabar..sihat tak dorang tu..malah ada yang sampai tak bercakap dengan mak ayah..itu lagi parah..kita kena ingat 1 je..baik buruk dorang..dorang yang melahirkan dan menjaga kita selama ni..kalau takda dorang kita takda kat dunia ni..hidup pon takkan tenang..syurga anak kan dibawah tapak kaki seorang ibu..

Sama-sama kita muhasabah diri ke arah kebaikan..zaman kita ni dah akhir zaman..sekarang bukan masa nak seronok untuk hal dunia..sekarang masa untuk perbaiki diri..tengok dunia sekarang..macam-macam yang diluar jangkaan kita dah berlaku..perang sana sini..masalah sosial berleluasa..soal halal haram dipandang remeh..

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..

Sesi habiskan saki baki

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..korang apa khabar? Moga sihat hendakNya..aku masih lagi seperti semalam..masih batuk-batuk..bila nak hilang batuk pon tak tau la..tak selesa sebenarnya..pergi kerja kan dok dalam aircond..lagi sejuk lagi teruk batuk..nak buat macam mana..takkan aku nak suruh bos sediakan kipas sorang 1 pulak kan..tak pasal kena flying kick kang..hahahaha..

Semalam masa balik kerja aku berkira-kira nak pergi barang dapur ke tak..tengah-tengah fikir tu..stereng terus je...so tak pergi lagi..sebab duduk sorang kat rumah tu yang aku malas nak shoping barang dapur beria sangat..nanti buang-buang je..aku makan tekak sorang je pon..beli sayur kang sampai kering sayur tu kat dalam peti ais..lauk pauk tak yah cakap la..macam-macam jenis aku beli.
Tapi bila time nak masak je..aku capai telur jugak..bila nak habisnya lauk pauk tu..hahaha..kalau rajin pon..aku akan masak banyak terus..so boleh simpan dalam peti ais..nak makan esoknya bole panaskan je..
So bila nya mood aku rajin masak????
Bila hari jumaat lepas balik kampung ambik anak aku kat rumah mertua dan jugak bila time lakik aku balik...
Mesti korang pelik kan..apesal pulak lakik jarang balik dan anak tak dok sama dengan aku kan..sebenarnya..awal jun lepas aku dah pindah dok rumah sewa..2 hari sebelum puasa..
Nak bawak anak dok sekali dengan aku tapi mak mertua tak kasi katanya risau kalau hantar kat taska..sekarang kan macam-macam kes..lakik pulak kerja kat seremban..nak ulang alik dari rumah jauh la..so jarang la dia balik rumah..dia sewa rumah kat sana..so kalau jumpa pon hari minggu jela..setiap jumaat petang aku akan ambil anak..ahad petang aku hantar la dia kat neneknya..itula al kisahnya..hehehehe...

Semalam ada lagi saki baki dalam peti ais tu..hari isnin lepas aku cuti..lakik pon cuti lagi..so ajak balik rumah kat melaka..laki pergi la beli lauk kat kedai runcit area rumah tu..rasanya masak dah banyak hari tu..tapi ada lagi saki baki lauk tu..
Aku pon masak la ala kadar je..apa yang ada aku campur jela sekali..senang kan..nak buang-buang membazir pulak..hahaha..dapat jugak berjimat cermat..kan?



Aku masak tempe goreng campur tauhu campur sawi..semua main campak-campak je..senang cite..
Ada pulak ikan masin..makan dengan nasi panas-panas sedap wei...


Makan ikan masin ni teringat aku masa dok kampung..bila kakak aku bersalin..dalam pantang tu mak aku bakar ikan gelama masin tu..tengok akak aku makan dengan nasi panas-panas sedapnya la....aishkkk...teringin pulak nak mengandung lagik....the boy pon dah 4 tahun..asyik mintak baby je..dia tengok mak teh dia ada baby..dia main mintak-mintak je dengan aku..ingat macam beli mainan kat kedai je senang dapat..hahaha..
Aku tengah usaha sebenarnya ni..korang doakan la ye..moga murah rezeki aku untuk mengandung lagi...sekurang-kurangnya the boy ada la kawan..kadang-kadang kesian tengok dia..main sorang-sorang..kalau bawak balik rumah aku mesti dia bosan..ajak pergi rumah sepupu dia..



Dulu aku tak makan pun tempe ni..aku kenal tempe pon masa study kat pahang dulu..selalu makan kat kedai..tengok benda tu so tanya kawan apa benda tu..dorang yang bagitau tu tempe..tapi setakat tau nama jela..tak pernah aku rasa..
Bila aku kenal dengan lakik aku dulu..masa tu boypren la...ahaksssss..dia la yang ajar aku makan tempe tu..asalnya dia beli suruh goreng celup tepung..so aku goreng la untuk dia..tengok dia makan macam goreng pisang pulak..siap cicah sambal kicap bagai..dia suruh aku try..aku try la makan..rasa sedap pulak..sejak dari tu la aku pon dah jadi hantu tempe..hahahaha..takde lauk pon tak pe..

Wednesday, 13 July 2016

Mood Rajin Baru Datang

Aku tak berapa sihat dua tiga hari ni..batuk-batuk dan sakit mata..
Kena sakit macam ni badan jadi lemau..
aku ni jenis yang susah nak sakit..sekali sakit 2 pakej dapat..
redha jela..sakit tu kan penghapus dosa..
Dalam sakit-sakit ni tetiba mood rajin datang..dah lama tak update entri terasa rindu la pulak..
entri ni pasal birthday party sepupu the boy..
28hb Mei lepas ipar aku mintak tolong aku masak..menu simple je pon..bihun sup dan bihun goreng..
Memandangkan dorang dah amik pakej kat MarryBrown untuk ayam goreng bagi tetamu seramai 150 orang..jadi masak untuk tambah-tambah jela..bagus jugak pakej tu sebab siap dengan gift untuk tetamu dan ada maskot..siap ada game beserta hadiah pemenang..aku ingatkan mahal la pakej tu sebab siap dengan maskot kan..rupanya RM580 sahaja..murah kan..tapi kek ipar aku pilih untuk tempah sendiri..


Menu kami malam tu :

Makanan:
1. Sup ayam
    Bihun sup

2. Bihun goreng

3. Ayam goreng MarryBrown

Minuman:
1. Teh panas

2. Sirap laici

Tambahan:
1. Kek Harijadi

2. Nugget




Dari pukul 4 petang mula memasak..ingatkan ada la masa untuk






     Majlis simple je tapi seronok la budak-budak sebab ade maskot..mak ayah pon tumpang seronok..
Siang dah bertungkus lumus masak, malam tu lepas abis je majlis kami terus kemas rumah..sebabnya malam tu jugak la nak kena balik rumah MIL sebab esoknya kenduri tahlil..konvoi 4 buah kereta balik kampung..



























Masa ni the boy merajuk..sebabnya dia memang hantu kek..memang suke sangat potong kek..bila dia tengok sepupu dia yang potong kek dulu..dia jelesss laaaa...so mood dia ke laut malam tu..puas pujuk baru ok..