Aku rasa malas sangat nak datang kerja hari ni..pasal 3 hari bercuti la ni..
Hari jumaat hari tu aku cuti sebab kat tadika anak aku buat jamuan hari raya..
Nasib baik tak kena masak-masak bagai..cuma bagi kerepek-kerepek yang mana ada jela..lepas tu buatkan cendol..makanan lain cikgu dah sediakan..
Sebelum aku pergi jamuan tu aku kena la masak awal-awal..kang aku kenyang kat sana dorang kat rumah kelaparan pulak..hahahaha..MIL belum elok lagi demamnya..
Aku masak yang senang-senang jela..sebab nak cepat kan..nak buat cendol tu kena perah santan dan masak gula merah lagi..
Masa aku tengah jemur baju kat ampai..dengan bunyi bising kat dapur..sapa pulak kan yang ada kat dapur..setahu aku..aku je yang bangun pagi-pagi kat rumah tu..ipar duai dok ukir peta dunia lagi..
Tengok-tengok MIL dok masak gula merah..mak aiii larat ker nak buat keje kat dapo???
Lepas tu FIL pulak balik bawak kelapa..Dorang nak buat tu sume aku biakan jela..aku pon nak bersilat untuk masak pulak..
Aku masak asam pedas ikan jaket je a.k.a ikan cencaru..senang main campak-campak je..tak payah nak tunggu lama-lama..
So bila dah masak lauk aku..aku tolong MIL pulak..sesi sediakan santan untuk cendol..
Cuma perlu letak gula merah dan ais je yang ni..

Pagi-pagi tu The Boy pergi sekolah dulu..tema baju raya la kan..aku dah siapkan dia lepas tu nak atoknya jugak yang pergi hantar dia..dia bawakkan kerepek dulu ke sekolah..
Punya la susah nak suruh dia posing..muka sememeh jer..Muka garang jer..tak bagi ambik gambar dia..
Kawan-kawan siap berlari-lari lagi..dia pasif sket..yang dia suka kawan tu pon perangai sama macam dia..diam jer..tengok je orang lain main itu ini..Tapi kat rumah pandai pulak bercerita kawan camtu la camni la..
Masa ambil makanan untuk makan tu barula dia nak datang kat aku..
Nak aku suapkan dia makan..
Haritu makanan tak banyak mana pon..ok la sebab tetamunya pon bukan ramai sangat..
Nasi tomato..lemang + rendang ayam..laksa kelantan..kuih raya..tu jela..
Semua makanan aku try..penuh perut baru boleh balik..hahaha..
No comments:
Post a Comment