Assalamualaikum..masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua..tuan tanah pon tak berapa sihat ni..1 family demam dan batuk-batuk..hari ni aku nak story pasal birthday the boy a.k.a Mamat..mamat tu nama panggilan dia sebab masa kecik dulu dia selalu menangis..pantang celik je mata tak kira siang ke malam..so bila panggil mamat macam serasi pulak dengan dia..sejak dari tu dah kurang menangis..
Sebelum raya hari tu si mamat demam + selesema + semput..2 hari kena tahan wad..2 hari sebelum raya keluar wad..dia dah sihat aku pulak yang demam tetiba..sakit segala urat..berat je kepala..hari mantai tu aku kuatkan la jugak diri balik rumah kejap ambil baju raya..sebabnya tak sangka yang si mamat tu kena tahan wad..masa drive tu tetiba tangan merekot..dah macam nak kena stroke..cuak jugak la masa tu..tetiba je dua2 belah tangan ibu jari merengkot ke dalam..kaki jadi kebas..bayangkan la tengah2 drive tu kan..terpaksa la berhentikan kete kat tengah2 pekan tu..masa tu bawak anak buah sorang dengan mamat..
Risau la kan jadi pape kat tengah2 jalan tu..
Alhamdulillah sampai jugak ke rumah hari tu..bawak kete pon slow2 je..
Sampai rumah ipar aku bagi ubat demam dan ubat urat yang dia ada..alhamdulillah la..lepas makan ubat tu badan rasa ok sket..
Raya ke 5 iaitu 2 hari lepas pada 10.07.2016 adalah hari lahir mamat..walaupun dah keluar wad besoknya dia demam balik..semput balik..memandang kan aku dah beli chamber tu..so bila tengok dia macam laju je bernafas..aku bagi dia guna chamber tu..sampai la ke hari ni masih lagi batuk2 tapi semput tu dah kurang da..harap2 la cepat sihat..
Kek ni papa dia tempah dengan jiran kat kampung..red valvet..bole tahan la rasa dia..
Bila tak sihat ni..suruh potong kek pon dia menangis2..mood ke laut..anak oh anak..sejak dia tak sihat ni memang nak orang ikut je cakap dia..angin memanjang..orang2 tua cakap selalunya sebab nak beralih umur..yeke???
Tak dapat nak ambik gambo banyak2 sebab dia dok menangis je..sampai makan pon dia tak nak..
No comments:
Post a Comment