Aku tak berapa sihat dua tiga hari ni..batuk-batuk dan sakit mata..
Kena sakit macam ni badan jadi lemau..
aku ni jenis yang susah nak sakit..sekali sakit 2 pakej dapat..
redha jela..sakit tu kan penghapus dosa..
Dalam sakit-sakit ni tetiba mood rajin datang..dah lama tak update entri terasa rindu la pulak..
entri ni pasal birthday party sepupu the boy..
28hb Mei lepas ipar aku mintak tolong aku masak..menu simple je pon..bihun sup dan bihun goreng..
Memandangkan dorang dah amik pakej kat MarryBrown untuk ayam goreng bagi tetamu seramai 150 orang..jadi masak untuk tambah-tambah jela..bagus jugak pakej tu sebab siap dengan gift untuk tetamu dan ada maskot..siap ada game beserta hadiah pemenang..aku ingatkan mahal la pakej tu sebab siap dengan maskot kan..rupanya RM580 sahaja..murah kan..tapi kek ipar aku pilih untuk tempah sendiri..
Menu kami malam tu :
Makanan:
1. Sup ayam
Bihun sup
2. Bihun goreng
3. Ayam goreng MarryBrown
Minuman:
1. Teh panas
2. Sirap laici
Tambahan:
1. Kek Harijadi
2. Nugget
Dari pukul 4 petang mula memasak..ingatkan ada la masa untuk
Majlis simple je tapi seronok la budak-budak sebab ade maskot..mak ayah pon tumpang seronok..
Siang dah bertungkus lumus masak, malam tu lepas abis je majlis kami terus kemas rumah..sebabnya malam tu jugak la nak kena balik rumah MIL sebab esoknya kenduri tahlil..konvoi 4 buah kereta balik kampung..
Masa ni the boy merajuk..sebabnya dia memang hantu kek..memang suke sangat potong kek..bila dia tengok sepupu dia yang potong kek dulu..dia jelesss laaaa...so mood dia ke laut malam tu..puas pujuk baru ok..
No comments:
Post a Comment