Tengahari semalam aku dapat whatsapp dari ipar bagitau MIL kena masuk wad..
sebabnya demam..dari The Boy masuk wad haritu lagi masing-masing dah demam..lepas sorang..orang lain pulak yang demam..macam berjangkit je kan..
kali ni giliran MIL pulak..masa aku balik hari sabtu ahad haritu lagi dia dah demam..lakik aku siap belikan pampers untuk mak dia..sebab tak larat nak ke bilik air..
Isnin pagi aku gerak pergi kerja tengok dia macam biasa je..maybe sebab dia tengah tidur kot masa tu..terkejut jugak la bila ipar aku cakap MIL kena tahan wad..dari klinik kesihatan dah masukkan air..lepas tu dorang bawak ke hospital tampin pulak..
risau la jugak kan..
aku kena habiskan kerja aku dulu baru boleh ke sana..
aku fikir pukul 5 je aku terus balik kampung ingat nak tumpang ipar..
petang tu ipar aku dah siap-siap nak ke sana..dorang nak pergi awal..so aku tak dapat la tumpang..masa dorang on the way tu si adiknya bagitau MIL tak jadi masuk wad..dah boleh balik..
Alhamdulillah la kan..kalau kena tahan wad maknanya bulan ni je dah 3 orang masuk hospital yang sama..mula dengan The Boy..then ipar yang pregnant tu..lepas tu MIL..tapi Alhamdulillah tak jadi..hehehe..
Balik kerja aku tak jadi balik ke kampung..tayar kereta aku dah botak..sebab tu nak tumpang ipar nak ke hospital..so tak berani nak jalan jauh..baru lepas raya nak tukar duit belum cukop..al maklumla baru lepas raya kan..kalau ikutkan aku baru lepas tukar tayar tu pada 22.02.2016..tayar baru okeyyy..cepatnya haussss tayar tu..maybe sebab dah berjalan jauh ke kluang lepas tukar tayar kot..sekarang dia mintak nyawa lagikkk...Maybe masa tukar tu tak buat aligment kot..yang paling teruk kat belah tepi je..Apa-apa pon tunggu aku cukup duit dulu la..nak tukar bukan 100 ke 200 ke..paling kurang 500 jugak..tu untuk tayar depan je..
Harap-harap MIL sembuh sepenuhnya la..dalam rumah tu tinggal sorang je lagi yang belum demam..FIL..kalau dia pon demam maknanya cukop la 1 family 1 anak beranak demam..hahaha..aku dah lepas da..
Sejak akhir-akhir ni ada banyak benda sebenarnya yang aku fikirkan..memang banyak termenung la boleh katakan..salah satu punca aku jadi malas nak masak kat rumah tu la..jadi takda mood sangat..
masuk dapur macam takda perasaan..sebab dok sorang pon puncanya jugak..rumah tu jadi sunyi jer..
aku balik rumah banyak lepak dalam bilik..kalau buat perangai tak senonoh mau aku makan pon kat dalam bilik..nasib baik waras lagikkk...hahaha..sejak-sejak itu jugak la aku dah kurang bersembang..tapi bab menaip susun ayat itu lajuuuu..hahaha..kat sini je pon nak asah bakat bebel entah pape kan..hahaha..
Dahla..aku malas nak menaip lagik....korang tengok jela gambo yang hadoooo ni..kikiki..
No comments:
Post a Comment