Thursday, 14 July 2016

Salam jumaat

Assalamualaikum..
Selamat pagi semoga hari kita semua diberkati dan dirahmati Allah..semoga kita semua berada di dalam lindunganNya..
Hari jumaat ada banyak kelebihan..di sini aku share sikit dengan korang..mudah-mudahan dengan pembacaan korang dan diamalkan..kita sama-sama dapat pahala..

 Image from google


Image from google

Dalam pada mengamalkan sunnah nabi tu kita kena juga peka pada hubungan kita dengan kawan-kawan..kadang-kadang dah cantik amalkan sunnah..tapi dengan kawan tak bertegur sapa..bukan orang je kadang-kadang aku pon sama je..almaklum la..kita ni manusia..kawan cakap sampai mengecilkan hati kita terus kita tak tegur kawan kita tu..terutamanya yang kerja di office..lebih-lebih lagi perempuan..kita cuba jela maafkan dia..mudah-mudahan dia pon sedar..kalau dua-dua ego tak memberi apa-apa manfaat pon..betoiii dok???

Bukan dengan kawan je..dengan mak ayah kita lebih-lebih lagi..ada tak kita call tanya khabar..sihat tak dorang tu..malah ada yang sampai tak bercakap dengan mak ayah..itu lagi parah..kita kena ingat 1 je..baik buruk dorang..dorang yang melahirkan dan menjaga kita selama ni..kalau takda dorang kita takda kat dunia ni..hidup pon takkan tenang..syurga anak kan dibawah tapak kaki seorang ibu..

Sama-sama kita muhasabah diri ke arah kebaikan..zaman kita ni dah akhir zaman..sekarang bukan masa nak seronok untuk hal dunia..sekarang masa untuk perbaiki diri..tengok dunia sekarang..macam-macam yang diluar jangkaan kita dah berlaku..perang sana sini..masalah sosial berleluasa..soal halal haram dipandang remeh..

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami..

No comments:

Post a Comment