Assalamualaikum..korang apa khabar? tengah masak untuk makan tengahari ke? Apa menu masakan korang hari ni? Aku kat opis sekarang ni..tengah free so aku nak update la entri sikit..bukan senang nak tengok aku lapang kan..hehehehe..
Macam biasa la sebab takut handphone ni buat hal ke..so aku kena la taruk kat dalam blog dulu gambar-gambar yang aku dah snap..maaf la ye korang..asyik layan cerita basi aku jer..hahaha..nasib korang la kan..basi pon baru minggu lepas je kejadiannya..hehehehe..
Selepas solat subuh aku terus kemas-kemas rumah..kalau sambung tidur balik mau pukul 9 baru bangun..sebab banyak benda nak kena buat so aku takda la sambung tidur lagi..mula dengan basuh baju lepas tu kemas rumah..walaupun anak sorang tapi kalau dia dah main toys tak reti nak kemas balik..berselerak sana sini..macam ada anak 8 la jawabnya..selagi tak nampak rumah macam tokang pecah selagi tu tak stop main..then dah siap kemas rumah kena la siram pokok..kena masak sarapan untuk anak pulak..kalau aku sorang takda nak buat sarapan der..aku makan je biskut raya yang berbaki lagi tu..hehehehe..The Boy mintak nak makan ayam..bagi makan dengan nasi goreng tak nak pulak..nak ratah je ayam tu..sejak dah besar ni dah pandai order nak makan apa dah..kalau tak buat kang tak nak makan pulak..rela minum milo je..ank oh anak..nak je aku duku-duku kepala tu..
Budak gongak gemuk
Dah kenyang meratah ayam dia tidur..tidur tu pon sebab dia merajuk nak main toys lagi tapi aku tak bagi..dah la penat aku kemas..banyak cantikkk..hujan pon lebat masa tu..sedap la dia tidur..
Mulanya dia tidur kat depan tv..lepas tu entah kenapa mengigau ke apa..bangun nak panjat rak buku..lepas tu dia bukak mata pandang aku..aku buat-buat pejam mata sebab nak tengok gelagat dia ..hahaha..dia la teman gurau senda dan gaduh aku masa kat rumah..rindu sebenarnya nak tengok dia membesar hari-hari kat depan mata..tapi apakan daya..MIL belum bagi aku bawak tinggal dengan aku..hari minggu jela dapat luangkan masa sepenuhnya pun..tengah-tengah ngigau tu dia naik tidur atas sofa pulak..
Aku biarkan je dia tidur sebab nanti dia kacau aku nak masak kat dapur..tak senang nak masak nanti..menu aku untuk makan tengahari aku masak banyak terus sebabnya lakik nak balik petang tu..masak yang sedap-sedap sikit la kan..sedap ker???boleh la setakat nak isi perut lakik dan anak tu..hahahaha...
Tak puas makan minggu lepas, aku beli lagi untuk kali ni..ngengengeeeeee..
Perut lembu
Aku nak masak lemak perut..dah cakap kat lakik nak campur dengan rebung..tapi rebung pulak takde..so masak lemak biasa macam tu jela..kalau tak nak campur dengan rebung boleh juga campur dengan belimbing buluh..memandang aku tak ambil belimbing masa ambil the boy kat rumah MIL hari tu..so..jadi la masak lemak sekadar hadoooo..Kalau korang takde idea nak masak apa meh sini cuba masak perut ni pulak..
Masak lemak Perut/Babat
Bahan-bahan:
1/2 kilo perut lembu ~ dipotong ikut citerasa korang dan cuci bersih
1 biji kelapa ~ diparut dan perah untuk dapatkan santan
Kunyit hidup ~ 3 inci (dikisar)
Serai ~ dititik
Cili api ~ 15 biji (dikisar)
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara:
1. Masukkan perut ke dalam periuk dan masukkan air. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan cili api dan kunyit yang telah dikisar. Kacau dan masukkan serai yang dititik tadi. Masukkan santan seterusnya garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Jika ada rebung atau pun belimbing buluh boleh campur dalam masak lemak ni..kalau guna belimbing buluh, bila masak lemak perut dah nak masak baru la masukkan belimbing supaya tidak lembik. Masak jangan terlalu lama.
Sekejap je masak semua menu ni..belek-belek dalam peti ais tu tengok ada sosej..nak bagi nampak banyak lauk atas meja so aku goreng la sosej..lepas tu goreng telur dadar..
tadaaaaaa...siap...
No comments:
Post a Comment