Nak kata aku banyak kerja kat opis..takda la sangat..tapi mood malas sangat nak update entri..
layan fb..ig..wc..rajin pulak..hahahaha
Banyak je cerita sebenarnya nak update..tuan tanah pulak mood swinggggg....
gambar-gambar yang aku snap tu memang dah pos kat fb, ig n wechat pon..
cuma hari ni aku nak kabo la apa cerita di sebalik gambar-gambar tu..hahahaha
Al-kisahnya berlaku pada hujung minggu yang lepas..ipar aku cakap tak puas makan nasi impit masa raya hari tu..so dia nak makan lagi tapi tak pandai nak masak kuahnya..
yela masa raya hari tu aku buat tak banyak..lepas tu belah malam pulak buat satay so memang tak cukup la..sapa cepat dia dapat la..nak buat banyak takut tak habis sebab banyak sangat makanan..kang membazir pulak..
Versi aku guna santan..sebab kat kampung dulu aku tengok mak aku buat macam ni..kalau mak mertua aku dia buat guna udang kering so tak guna santan..katanya tahan lama sikit kuahnya..memandangkan aku dah expert kaedah mak aku..so aku guna la kaedah yang sama..walaupun santan cepat masam tapi kalau rajin panaskan balik kuah tu ok je..
Macam biasa la..aku akan masak untuk makan tengahari dulu baru la masak masakan lain..
kang mak mertua balik kang kebulur pulak dia...hahahahaha..
Sebelum tu aku masak tom yam..senang je main campak-campak je..aku malas nak masak yang bersantan lagi..dahla kuah kacang tu pun guna santan..
aku malas nak masuk sayur banyak-banyak dalam tom yam ni..dorang bukan makan sayur sangat pon..jadikan syarat ada sayur dah la..
Tom Yam Versi Mafiasopan
Bahan-bahan:
1/2 kilo ayam ~ dipotong kecil (aku banyak guna bahagian yang kurang isi )
Bawang merah ~ 5 ulas (dikisar)
Bawang putih ~ 3 ulas (dikisar)
Bawang besar ~ 2 biji (potong 4)
Halia ~ 2 inci (dikisar)
Pes Tom Yam ~ 2 sudu besar (nak lagi kaw bole tambah)
Serai ~ 3 batang (dititik)
Daun limau purut ~ 3 helai
Kubis / lobak merah
Cili padi ~ 10 biji (diketuk)
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa / gula
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Bersihkan ayam yang dipotong dan toskan.
2. Panaskan periuk dan masukkan minyak untuk menumis bahan yang telah dikisar bersama dengan serai dan cili padi. Bila sudah naik bau masukkan pes tom yam dan kacau.
3. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Masukkan garam dan serbuk perasa.
Setelah mendidih dan hampir masak bolehlah masukkan kubis dan bawang besar. Jangan masak lama sangat nanti kubis dan bawang jadi lembik.
4. Setelah masak tutup api dan masukkan daun limau purut. Daun limau purut jangan masukkan terlalu lama nanti akan buat lauk rasa pahit. Letakkan sekejap je lepas tu keluarkan.
Ok yang ni aku nak tunjuk menu yang kedua..iaitu nasi impit bersama dengan kuah kacang. Ramai yang dah tau buat kuahnya kan..so bagi yang baru-baru nak belajar memasak tu boleh la cuba macam yang aku buat ni..
Nasi impit ni macam biasa la beli je yang dalam packet tu..balik rumah cuma perlu rebus je..
Kuah Kacang
Bahan-bahan:
Kacang tanah ~ 1/2 kg (disangai tanpa minyak dan dikisar jangan terlalu halus)
Santan ~ 1 biji kelapa (kalau santan kotak guna 1 kotak dan campur dengan air)
Buah keras ~ 5 biji ditumbuk lumat
Bawang merah ~ 7 ulas (dikisar)
Bawang putih ~ 5 ulas (dikisar)
Cili kering ~ 15 tangkai (direndam dengan air panas dan dikisar)
Serai ~ 3 batang (dititik)
Gula melaka ~ secukupnya
Sedikit garam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak didalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan serai. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan santan dan kacau rata. Dalam masa yang sama masukkan juga buah keras, kacang tanah dan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Saya suka guna gula melaka sepenuhnya supaya warna kuah nanti nampak cantik keperangan sedikit.
3. Kacau kuah sehingga pecah minyak dan kelihatan pekat sedikit. Fungsi buah keras adalah untuk memekatkan kuah. Bila kuah dah masak bolehlah dihidang bersama nasi impit dan juga satay.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment