Friday, 19 August 2016

Konvoi

Sebenarnya dah hampir seminggu aku perap gambar-gambar ni dalam handphone..nak update entri malas..sebab jari malas nak menaip panjang-panjang..hahahahaha..
hari ni aku agak rajin la sikit..sebab kerja pon takda ni..
Sebelum ni aku belum pernah ikut mana-mana konvoi..so bila lakik cakap dia nak konvoi aku just cakap ok jer..ingatkan dia nak pergi sorang jer..rupanya dengan aku sekali dia nak bawak..konvoi ke mana???? nasib baik dekat..PD jer..ikutkan hati taknak la join..tapi kesian pulak kat the boy takkan nak dok rumah jer..time-time macam ni la nak berjalan pon kan..tup-tup dia siap call ipar duai ajak join sekali..
so kelam kabut la aku..dengan baju yang berapa helai je aku bawak masa nak balik kampung hari tu..
terpkasa aku balik rumah aku ambil baju..nasib baik la dekat..dekat-dekat pon 45minit jugak la..



Ipar aku pon balik kampung jugak la sebab nak bincang nak masak apa..bincang punya bincang goreng bihun dan nugget dan fries jer..sebab pagi-pagi lagi dah kena bertolak..pukul 8 pagi nak kena ada kat seremban dah..masak simple je..pukul 4 pagi aku dah bangun siap kejut ipar semua untuk masak..lepas tu nak siapkan anak-anak lagi..
pukul 6.30 pagi kami gerak ke seremban..dekat pukul 7.30 pagi dah sampai rumah kawan dia tu..jalan tak jem..ingatkan sampai rumah kawan dia tu terus nak ke PD..rupanya nak kena tunggu dorang bersiap..pukul 8.30 pagi baru la gerak ke tol berkumpul semua kat sana..tunggu punya tunggu pukul 10.30 baru la semua konvoi ke PD..dahla panas terik..sakit pulak ati kita niiii!!!Yg rasa seronok tu dah hilang..rasa lain pulak yang menjengah...anak-anak pon dah lapar..makan jela jajan dulu ha..buat alas perut..



Tunggu lambat sangat nak bergerak..siap keluarkan tikar bersantai tepi highway...


Konvoi ni sebenarnya konvoi Saga Iswara Malaysia Club (SIMC)..seluruh malaysia turut serta..sempena nak sambut merdeka nanti so dorang konvoi la pasang bendera kat kereta masing-masing..aku pon tak tau bila laki aku tu mula join benda ni sume..dia sanggup beli kereta saga iswara lama tu make up cantik-cantik kereta tu..berhabis duit beribu untuk repair dan cantikkan kereta tu..dulu kaler kereta tu warna silver..agak lusuh kaler dia..lepas dah tukar cat nampak lawooo laaa...
Duit kat situ je dah berapa dah habissss..entah sapa la yang hasutttttt dia tu..gerammmm je aku tengok...kalau bagi aku beribu tu kan bagosssssss...nak je aku duku-duku kepala dia tuhhh..ipar aku tu kebetulan dorang pon guna kereta saga jugak..so dengan dorang-dorang pon terjebak..


Memang meriah sangat sebab ramai sangat yang join..lebih 280 buah kereta yang join..sepanjang highway nak ke PD berderet...santai la tepi pantai..tapi sayang..pantai tu tak boleh mandi..kat situ tempat orang memancing jer..aku lupa apa nama tempat tu entah..anak-anak masing-masing dah excited nak mandi pantai..terpaksa la pujuk suruh tunggu sampai event tu habis dulu baru pergi cari port lain..


















Masing-masing bawak potluck tapi makan untuk family masing-masing la..makan sambil dibuai angin sepoi-sepoi tu..anak-anak kebulur tak hengatttt...kesian pulak tengok..


Settle event kami pergi la cari port untuk bawak anak-anak mandi..gambar mandi manda tak snap pon..so korang tengok jela yang hadoooo ni..hahahahahaha..

No comments:

Post a Comment