Monday, 1 August 2016

Ayam Paprik yang ringkas

Dek kerana tak tau nak masak apa..aku keluarkan je dulu ayam dari freezer..rendam dulu sambil kepala ligat memikir apa ke nama menu yang nak dimasak..siang dah settle malam pulak bermasalah..hahaha..bila tanya ipar dia cakap nak senang dan cepat masak je ayam masak berlada, sup ke...aaahhh..dalam hati aku berkata-kata dah biasa sangat masak camtu..ermmmm..
Dalam dok ligat memikir tu aku tengok la apa barang yang ada..kena tengok dulu apa barang yang ada baru boleh kreatifkan masakan..hahaha...
Dah pukul 8 malam baru la aku putuskan untuk masak paprik..cuma sayur jela yang takde..aku masukkan bawang besar jela sebagai sayurnya...hehehehe...hujan pulak tu so aku malas la nak keluar pergi kedai..



Meh aku tunjukkan dekat korang menu ringkas aku ni..tak sangka pulak The Boy suka makan..siap bertambah-tambah kauuu...yang kelakarnya..dia cakap.."mama..nanti mama simpan dalam peti ais ye..mamat balik sekolah esok mamat nak makan lagi.." dia suka sebab ayam tu macam masak sos la kot..Ok jom tengok resepi yang ringkas ni..

Ayam Paprik
Bahan-bahan:
Dada ayam - dipotong nipis (lebih kurang 500 gram)
Bawang merah - 5 ulas  ~ dikisar
Bawang putih - 3 ulas  ~ dikisar
Sos tiram - 2 sudu besar
Sos cili  ~ 5 sudu besar
Cili padi - 10 biji  ~ diketuk (nak pedas boleh tambah lagi)
Serai - 2 batang  ~dititik
Daun limau purut - 3 helai
Bawang besar  ~ dipotong 6 (nak potong 4 pon boleh)
Minyak masak secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian goreng dada ayam yang dipotong nipis tadi.Goreng sehingga ayam masak dan sejatkan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan serai dan tumis bawang yang telah dikisar. Bila bawang kekuningan masukkan sos cili dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan cili padi. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Bila rasa dah ok masukkan ayam yang telah disejat tadi dan gaul rata. Dalam masa yang sama masukkan bawang besar dan daun limau purut yang dikoyak-koyak. Bila dah masukkan bawang jangan masak lama sangat nanti bawang layu. Dah siap boleh dihidang.




No comments:

Post a Comment